Kontroversi tersebut tercetus selepas tular sebuah video berdurasi 1minit 25saat yang mana dua wanita dikenali sebagai Linda dan Wilda mendakwa mereka dirogol dan didera Raymond sehingga cedera pada anggota badan.
[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa terlibat kes rogol? ]
Raymond berusia 33 tahun berkata, bagi membersihkan nama baiknya dan keluarga dia telah bertindak membuat laporan di Balai Polis Keningau daerah Keningau.
"Saya enggan mengulas lanjut mengenai kes ini kerana khuatir mengganggu siasatan. Biarlah polis bertindak mengenal pasti siapa dua wanita terbabit dan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebar dakwaan (dera dan rogol) ini.
"Saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu ini berkait rapat dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung tetapi, saya tidak mahu menuduh sesiapa," katanya menerusi aplikasi WhatApps di sini hari ini.
Sementara itu, Raymond yang juga merupakan calon Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat dalam kempen pemilihan PKR tahun ini menyarankan rakan-rakan parti yang bertanding supaya fokus kepada hala tuju parti daripada memikirkan isu serangan peribadi.
Setakat ini Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina tidak mengulas apa-apa mengenai kes Setiausaha Politiknya yang didakwa merogol.