Sistem ‘Barter Trade’ Sabah bermula 1 Jan 2019 kejayaan kroni Shafie?
13:10 Oct 09, 2018  |  By SabahKini2
Sistem ‘Barter Trade’ Sabah bermula 1 Jan 2019 kejayaan kroni Shafie?

Akhirnya Sistem barter trade yang dihentikan dibuka semula pada 1 Januari 2019. Dulu dihenti atas faktor keselamatan namun di zaman Warisan diteruskan atas nama keuntungan dan kroni perniagaan

KOTA KINABALU- Sistem perniagaan tukar barang (barter trade) antara Sabah dan negara jiran yang dihentikan atas faktor keselamatan sebelum ini, akan mula beroperasi pada 1 Jan 2019.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sistem berkenaan akan beroperasi di empat kawasan yang mempunyai jeti untuk perniagaan tersebut di Kudat, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.

"Kawasan ini kita jadikan sebagai pangkalan untuk perdagangan tukar barang, bukan hanya dengan Filipina tetapi juga Indonesia.

"Saya yakin ini akan memberi peluang kepada usahawan tempatan meningkatkan peluang perniagaan di samping menyediakan pekerjaan kepada anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan menghidupkan semula sistem itu dibuat apabila terdapat banyak permintaan daripada peniaga yang terlibat dalam sistem perniagaan itu.

Terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) juga ditambah baik bagi membolehkan sistem perniagaan tukar barang itu berjalan dengan baik dan lancar.

Mohd Shafie berkata antara SOP itu termasuk penggunaan bot yang akan digunakan, barang perlu didagangkan dan cara mengenal pasti kawasan sekiranya berlaku sesuatu kejadian tidak diingini.

28 Jun lalu portal Sabahkini2 melaporkan mengenai desakan para peniaga barter trade termasuk kroni Shafie Apdal yang akhirnya berjanji menghidupkan semula sistem barter trade yang dihentikan oleh kerajaan atas faktor keselamatan.  

[ARTIKEL BERKAITAN: Atas desakan kroni, Kerajaan Sabah wujudkan semula sistem barter trade ]

Malah berlaku kontroversi ketika dalam proses perundingan pelaksanaan semula sistem barter trade ini kecoh apabila kroni Shafie Apdal, Nordin Ening bekas Vice Chairman BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) menggunakan jawatan palsu sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah berurusan dengan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistijo Djati Ismojo.

Nordin Ening dilaporkan media Indonesia sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah (Staf Khusus Ketua Menteri Sabah). Menurut sumber rombongan Nordin memperkenalkan dirinya sebagai Pegawai Khas mewakili Ketua Menteri dalam rundingan tu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Pegawai Khas 'Palsu' Ketua Menteri bertemu Konsulat Tawau ]

 

 

1 Comment