Selepas isu video kes rogol kini tular pula video mengenai "Pengundi Hantu" dalam pemilihan PKR. Team Azmin Vs Team Rafizi
Katanya Raymond Ahuar suruh datang
Selepas kecoh baru-baru ini video kes rogol warga asing nama Raymond Ahuar disebut kini sekali lagi nama Raymond Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meniti dibibir apabila satu video tular menyebut namanya menaja pengundi hantu PKR.
Calon ketua Wanita PKR Haniza Talha dari kem Azmin Ali menyerang Raymond Ahuar calon Timbalan AMK PKR dengan isu ‘pengundi hantu’
Haniza berkongsi video menunjukkan beberapa warga Sabah sedang memegang risalah dan menerima resit untuk mengundi – yang didakwa bukan ahli parti.
“Calon Raymond Ahuar dari team Rafizi menghantar pengundi hantu untuk undi Rafizi di Selayang. Terdesak,” dakwa Haniza pada laman twitternya semalam.
Bagaimanapun calon Timbalan AMK PKR dari kem Rafizi Ramli itu menafikan mereka ‘pengundi hantu’ dan mengingatkan pihak lawan agar tidak menghina anggota parti dari Sabah yang mahu mengundi dengan gelaran pengundi hantu.
Raymond Ahuar yang berasal dari Sabah menjelaskan, ratusan anak negeri bawah bayu itu bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur dan mendaftar sebagai ahli parti.
“Tak baik hina kata orang Sabah itu pengundi hantu. Yang saya tahu mereka orang Sabah dan bukan pendatang. Mereka bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.
Raymond berkata pihak lawan tidak seharusnya mengambil tugas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk mengesahkan anggota keahlian seseorang yang mahu mengundi.
Kenapa perlu bertindak seperti samseng sehingga mencetuskan kekecohan termasuk menangkap anak-anak dari Sabah itu.