Tindakan Menteri Warisan Sabah wakilkan Isteri ke majlis rasmi ‘YB’ dipertikai
21:10 Oct 30, 2018  |  By SabahKini2
Tindakan Menteri Warisan Sabah wakilkan Isteri ke majlis rasmi ‘YB’ dipertikai

Apakah Menteri Warisan Sabah sudah tidak percaya pada pegawai sendiri sehingga meminta isteri merasmikan majlis rasmi 'YB'. Tindakan itu memalukan Menteri dan YB tidak menghormati pihak penganjur yang menjemputnya.

PAPAR: Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar menghantar Datin Hajah Faridah Mohamed isterinya sebagai wakil Merasmikan Majlis Graduasi Pra Universiti SMK Majakir Papar ke10 di Pacific Sutera Harbour Resort 28 Oktober lalu.

Seorang pengguna facebook Awang Azman berkata wakil rakyat Dun N22 Pantai Manis mempersoalkan program rasmi Wakil Rakyat perlu dirasmikan oleh ‘Isteri YB’ seperti sudah tidak ada Setiausaha Usaha politik atau pegawai lain.

“Mana wakil YB terutamanya Setiausaha Politik YB? Apa jawatan isterinya? Mengapa tidak diberi kepercayaan kepada Setiausaha politiknya?”

“Bolehkah isteri menjadi wakil merasmikan acara ADUN?” katanya dalam satu kenyataan

Isteri Menteri Warisan Datuk Aidi ini banyak mencampuri urusan sebagai
Wakil Rakyat sehingga program Konvokesyen pun dirasmikan isterinya.

Isu tersebut timbul apabila gambar-gambar isteri Menteri Kabinet Sabah itu tular dalam laman sosial Facebook mempersoalkan seperti sudah tidak ada pegawai lagi yang boleh mewakili menteri dalam tugas rami.

Azman Madris berkata protokol pejabat menteri itu lintang pukang sepatutnya Setiausaha Politik kepada Menteri Undang-undang kerana kawasan Adun N.22.

‘Tindakan membenarkan isteri sebagai Wakil bukan sahaja merendahkan taraf beliau sebagai Wakil Rakyat bertaraf Menteri tetapi dalam masa yang sama tidak menghormati pihak penganjur yang menjemput beliau.” Kata seorang pengguna facebook bernama Mael Illyqa.

Sementara itu Bahrin Hj Mahamuddin (mungkin penyokong Menteri) membantu menjawab mengapa Menteri tidak hadir dan diwakilkan kepada isteri menteri itu.

"Menteri ada majlis di Istana hari ini jam 9 pagi. Menteri diminta hadir ini adalah kekangan masa Ketua Bahagian, Setiausaha Kerja dan yang lain-lain hadir ke Istana”. katanya

Namun dipersoalkan kerana program dirasmikan menteri itu pada 28 Oktober bukan 29 Oktober acara di Istana itu.

"Takkanlah tiada seorang pun pegawai Menteri atau pemimpin masyarakat (PPM) yang tidak boleh menggantikan menteri?”. Kata Sofea Ayaka yang menyangkal alasan itu.

Setakat hingga kini tiada komen dari Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri itu. Bermacam-macam kejutan dari wakil rakyat PH dan Warisan. Apakah kerana mereka masih baru sebagai wakil rakyat?

Sebelum ini kecoh Ahli Parlimen Silam (Warisan) yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan membawa isteri dan anak menggunakan wang rakyat dalam program rasmi kementerian dalam dan luar negara. Macam-macam ada dalam Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat ]

[ARTIKEL BERKAITAN:- Lepas 'joli' guna duit rakyat di Singapura, rakaman audio Menteri Pelancongan 'melalut' pula didedah ]

[ARTIKEL BERKAITAN:- (VIDEO) Menteri Pelancongan nafi dakwaan guna dana awam untuk anak isteri ]

 

 

 

14 Comments