Dulu TNB bersedia jual, kini Sabah bersedia beli SESB RM8 bilion walau tiada wang?
08:11 Nov 16, 2018  |  By SabahKini2
Dulu TNB bersedia jual, kini  Sabah bersedia beli SESB RM8 bilion walau tiada wang?

Tahun lalu Kerajaan Persekutuan dan TNB bersedia jual SESB kepada kerajaan negeri RM8bilion. Walaupun dakwaan kerajaan negeri Sabah tidak punya wang namun bersedia ambil alih SESB dengan menubuhkan jawatankuasa.

22 Disember tahun lalu bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dr Maximus Ongkili memberi gambaran Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) seperti telur dihujung tanduk, apabila syarikat itu disifatkan sebagai "berada di ambang muflis."

Malah Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mempertimbangkan secara serius untuk melupuskan pegangan sahamnya dalam Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dr Maximus Ongkili.

"Perbincangan antara kami, Kementerian Kewangan dan TNB sudah berada di peringkat lanjutan, tetapi kami belum sampai kepada sebarang kesimpulan.

Maximus ketika itu berkata setakat itu belum ada cadangan untuk menyerahkan semula SESB kepada kerajaan Negeri Sabah, namun jika Kerajaan Negeri berminat mereka boleh membayar aset SESB bernilai kira-kira RM8 bilion dan kos lain yang ditanggung anak syarikat TNB itu TNB tiada masalah melepaskannya

Ketika ini, TNB memiliki 82.75 peratus pegangan dalam SESB, manakala 17.24% dimiliki kerajaan negeri Sabah.

Nilai aset SESB kini mencecah RM8 bilion menggambarkan kedudukan syarikat itu masih kukuh dan boleh terus bertahan sekalipun kenyataannya di “ambang muflis” di putar belitkan media.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tarif elektrik kekal Maximus tawar Kerajaan Negeri Sabah beli aset SESB lebih RM8 bilion ]

Hari ini selepas 6 bulan pemerintah Kerajaan Warisan dan PH di Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri akan menubuhkan satu badan bagi menjalankan kajian terperinci berhubung langkah mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Mohd Shafie berkata beliau sendiri akan mempengerusikan badan itu, yang akan dianggotai oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur; Jabatan Kerja Raya; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan yang akan berperanan melihat sama ada wajar atau tidak Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat utiliti berkenaan.

Kajian itu juga akan memastikan situasi menang-menang bukan hanya untuk Kerajaan Negeri tetapi juga Kerajaan Persekutuan termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kerajaan Negeri perlu melihat dan memutuskan beberapa pilihan yang ada terlebih dahulu sebelum keputusan mengambil alih SESB dikemukakan kepada pihak berwajib di peringkat pusat selewat-lewatnya tahun hadapan.

“SESB mempunyai banyak masalah dan liabiliti, bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedar akan keperluan meningkatkan keupayaan dalam usaha menarik pelabur ke Sabah dengan memastikan bekalan air dan elektrik sentiasa konsisten dengan harga berpatutan,” katanya pada persidangan media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata Menteri Tenaga; Teknologi; Sains; Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin bersama rombongan termasuk wakil daripada TNB dalam pertemuan mereka pada Okt lepas turut mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil alih SESB.

 

2 Comments