Kewangan SAFA 'kritikal' Alijus letak jawatan Presiden, adik Shafie bakal memangku?
09:11 Nov 20, 2018  |  By SabahKini2
Kewangan SAFA 'kritikal' Alijus letak jawatan Presiden, adik Shafie bakal memangku?

Keadaan SAFA kini kritikal, kerajaan negeri perlu membantu, jika tidak, penyertaan skuad Sabah dalam Liga Malaysia musim depan juga akan terjejas. Apakah dengan pemangkuan Hamid Apdal adik Shafie kewangan SAFA akan selesai?

KOTA KINABALU: Oktober lalu selepas surat Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) meminta derma GLC Sabah Borneo Samudera Sdn Bhd didedahkan menggunakan adik Datuk Seri Shafie Apdal kini Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil membuat keputusan mengejut apabila meletak jawatan sebagai presiden persatuan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- SAFA jadikan adik Shafie Apdal ‘Kaki Pau’ berjuta duit GLC Sabah? ]

Alijus ketika dihubungi, di sini, hari ini mengesahkan perkara itu dengan alasan mahu menumpukan lebih perhatian kepada tugasnya sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Difahamkan, beliau yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung SAFA dan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menghantar surat peletakan jawatannya itu pada awal minggu ini.

Alijus sebelum ini dipilih sebagai presiden selepas menewaskan pencabarnya, Datuk Yusoff Kasim pada pemilihan SAFA yang berlangsung pada 25 Ogos lalu.

Pada pemilihan itu, Alijus meraih 39 undi manakala Yusoff hanya mendapat 13 undi.

Keputusan Alijus itu menambahkan lagi masalah dalaman persatuan berkenaan selepas sebelum ini turut mengalami masalah kewangan yang kritikal.

Sumber SAFA yang enggan didedahkan namanya berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan peletakan jawatan Alijus itu.

“Keadaan SAFA kini kritikal, kerajaan negeri perlu membantu, jika tidak, penyertaan skuad Sabah dalam Liga Malaysia musim depan juga akan terjejas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden SAFA, Joehari Ayub juga dijangka melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Joehari yang juga Naib Presiden FAM, dikatakan belum menghantar surat peletakan jawatannya kepada pihak SAFA.

Sebelum ini, Hamid Apdal yang juga adik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden SAFA namun ditolak ahli majlis tertinggi persatuan itu dan Hamid terus meneruskan jawatan Timbalan Presidennya.

Dalam keadaaan sumber kewangan SAFA yang kritikal pastinya Haji Hamid Apdal bakal memangku tugas Presiden untuk mendapatkan sumber dana baru dari pihak kerajaan negeri.

“Jika Haji Hamid memimpin SAFA sumber dana dari Kerajaan Negeri oleh Datuk Seri Shafie Apdal lebih mudah berbanding Alijus Sipil”. kata sumber

Hamid tidak jadi letak jawatan Presiden sebelum ini

 

 

 

7 Comments