Tun M mengesahkan anak Menteri PH disiasat SPRM. Menteri itu adalah anak menteri pelancongan yang sebelum ini kecoh 'Joli' bawa anak isteri ke luar negara. Kini anaknya monopoli projek kementerian pula kecoh.
PUTRAJAYA- Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan seorang anak kepada menteri Kabinet disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes memonopoli kontrak kementerian.
“SPRM sedang siasat,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan kes tersebut hari ini.
Siasatan itu dipercayai kes pertama melibatkan anak kepada seorang menteri Kabinet dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan.
Dr Mahathir bercakap selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya.
Sumber mendedahkan anak menteri yang disiasat itu ialah anak Datuk Muhammadin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan sikap menteri ini apabila sanggup menggunakan dana rakyat untuk perbelanjaan anak dan isterinya ke luar negara.
[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat ]
Anak, isteri dan kontraktor turut bersama dalam lawatan. Bila tak mampu beli beg minta agensi atau kontraktor bayar
Semua pegawai yang pernah berkhidmat dengannya menaruh dendam dan mendedahkan semua maklumat mengenai lawatannya di luar negara ‘pau’ wang agensi dan kontraktor termasuk menggunakan hotel mewah untuk anaknya.
Malah video rakaman rakaman suara Menteri dalam Mesyuarat ASCC ke 20 di Shangri-La Hotel, Singapura, melalut dan ‘blur’ turut didedahkan.
[ARTIKEL BERKAITAN- Lepas 'joli' guna duit rakyat di Singapura, rakaman audio Menteri Pelancongan 'melalut' pula didedah ]
Youtube Part 1- MUHAMMADIN KETAPI MENTERI PELANCONGAN 'BLUR' & MELALUT
YOUTUBE PART 2- MUHAMMADIN KETAPI MENTERI PELANCONGAN 'BLUR' & MELALUT
Susulan pendedahan itu Datuk Muhammadin Ketapi menafikan menggunakan dana awam melibatkan anak dan isterinya itu dan membuat laporan polis serta kenyataan media mengenainya yang disiar meluas media massa.
[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Menteri Pelancongan nafi dakwaan guna dana awam untuk anak isteri ]
Kali ini adalah desas-desus anak Menteri Pelancongan pula cuba memonopoli projek atau tender di kementerian pelancongan. Datuk Muhammadin dilaporkan memintkan beberapa surat kepada pegawai kementerian seperti projek percetakan dan cenderamata kepada syarikat yang dibawa anaknya. Penyokong Warisan Sabah juga dikatakan menggunakan anaknya sebagai jambatan utama untuk mendapat projek kementerian.
Akhirnya ia bocor dan dilaporkan kepada SPRM. Sudah tentu sebagaimana pendedahan ‘joli luar negara’ tiket kapal terbang, hotel mewah dan lain-lain lagi adalah dari maklumat dalaman kementerian.
Bagaimanapun hari ini Ahli Parlimen Silam dari Parti Warisan Sabah itu berkata bukan anaknya yang dikaitkan kes rasuah mengawal kementeriannya. Malah sebagai yang dikenali menteri 'blur' tidak hairan beliau mengeluarkan kata-kata kesat marah
Semalam, media melaporkan, wujud dakwaan seorang anak Menteri ‘mengawal’ aktiviti kementerian, termasuk menentukan syarikat yang berhak untuk menerima tender kerajaan secara terus.
SPRM perlu segera mendedahkan siasatan itu dan jika disyaki bersalah anak menteri itu perlu segera didakwa.
Bagaimanapun dalam kes rasuah Setiausaha Politik Menteri Pertahanan baru-baru ini yang kecoh selepas ‘pau’ lebih RM500 ribu dana syarikat Jakel ditutup dijangka isu anak Menteri Kabinet ini juga bakal ditutup SPRM.