Gaji RM64,483, anak isteri 'Joli' di luar negara barang mewah Menteri Pelancongan kata dia miskin
13:12 Dec 10, 2018  |  By SabahKini2
Gaji RM64,483, anak isteri 'Joli' di luar negara barang mewah Menteri Pelancongan kata dia miskin

Kata Mohamadin Menteri Pelancongan. "Saya tak ada harta. Tak ada (kereta atau rumah). Saya orang miskin". Gaji hampir RM70 ribu sebulan, keluar negara bawa anak isteri beli barang mewah, anak dapat projek kementerian...dan miskin....

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, mendakwa tidak memiliki harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, Ahli Parlimen Silam daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu mengakui dirinya sebagai ‘orang miskin’ dan tidak mampu memiliki aset walaupun sebuah kereta atau rumah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan mengisytiharkan aset sekiranya berpeluang membeli atau memiliki harta pada masa depan.

“Saya dah bagi (isytihar) semua (pada SPRM). Apa nak saya isytiharkan lagi kalau tak ada harta. Awak jawab saya.

“Saya tak ada harta. Tak ada (kereta atau rumah). Saya orang miskin.

“Disebabkan itu, tiada apa untuk saya isytiharkan. Orang miskin mana ada harta,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau ditanya, sebagai anggota Kabinet, mengapa hanya mengisytiharkan pendapatan, tetapi tidak harta dan aset lain kepada SPRM, seperti yang tercatat dalam Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my).

Semakan mendapati beberapa ahli parlimen hanya mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan RM 67,483.43 bersama isteri tetapi tidak mengisytiharkan jumlah aset.

Netizen dalam komen-komen media sosial menjadikan jawapan Menteri Pelancongan itu sebagai bahan lawak kerana dengan pendapatannya hampir RM70 ribu itu bersama isteri tidak mungkin beliau tidak memiliki aset seperti rumah dan kenderaan atau apa yang dimiliki oleh keluarganya.

Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat

Sebelum ini kecoh mengenai sikap Menteri Pelancongan yang 'joli' keluar negara bawa anak isteri membeli barangan mewah yang dibayar agensi serta kontraktor. Terbaru anak Mohammadin juga disiasat SPRM kerana dikatakan menggunakan kuasa bapa sebagai menteri bagi monopoli projek di Kementerian.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Lepas 'joli' guna duit rakyat di Singapura, rakaman audio Menteri Pelancongan 'melalut' pula didedah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Disiasat SPRM: Menteri Pelancongan 'Shit, Rubbish' tuduh anaknya monopoli projek kementerian ]

Disiasat SPRM: Menteri Pelancongan 'Shit, Rubbish' tuduh anaknya monopoli projek kementerian 

4 Comments