Kesuntukan masa tapi tiada masalah untuk isytihar harta- Shafie Apdal
21:12 Dec 10, 2018  |  By SabahKini2
Kesuntukan masa tapi tiada masalah untuk isytihar harta- Shafie Apdal

Shafie Apdal adalah antara 13 pemimpin PH yang belum mengisytihar harta kepada SPRM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu beliau bersedia mengisytiharkan harta kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau perintah pengisytiharan harta bagi ahli Parlimen itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib dipatuhi oleh semua pihak terbabit.

“Saya sudah isytihar masa (disiasat) SPRM dahulu tapi ini untuk Parlimen. Jadi kita akan laksanakan pengisytiharan itu jika ia adalah satu keperluan.

“Cuma (kelewatan ini) oleh kerana kesuntukan masa (dengan tugas), tapi itu bukan alasan, tidak boleh beri alasan tentang hal ini dan saya juga tiada apa yang hendak disembunyikan,” katanya ketika pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas paparan di Portal Pengisytiharan Harta SPRM yang menunjukkan nama beliau antara beberapa anggota Parlimen yang belum mengisytiharkan jumlah aset mereka.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata sehingga kini masih terdapat 13 ahli Parlimen PH dan 24 anggota pentadbiran termasuk setiausaha politik yang belum mengisytiharkan harta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Anwar, Shafie, Tangau, VK Liew, Mohammadin antara 13 belum isytihar harta ]

Sementara itu seorang lagi pemimpin Warisan Datuk Mohammadin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pula berkata dia tiada harta untuk diisytihar dan dia seorang yang miskin.

Anwar, Shafie, Tangau, VK Liew, Mohammadin antara 13 belum isytihar harta

1 Comment