"Ya saya ada bertemu Tun M" kata Lajim Ukin
03:12 Dec 21, 2018  |  By SabahKini2

BERSATU masuk Sabah? Kenapa panas Bersatu ke Sabah? Lajim berkata walaupun Bersatu menyatakan tidak akan ke Sabah seperti dijelaskan Perdana Menteri yang juga Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia tidak menghalang sesiapa saja untuk menjadi ahli.

KOTA KINABALU:  Presiden Parti Harapan Rakyat (Harapan) Datuk Lajim Ukin mengesahkan ada menemui Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed di Putrajaya baru-baru ini.

Bagaimanapun Lajim enggan mengulas lanjut mengenai isi perbincangan dengan Dr. Mahathir yang juga Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Seperti yang anda lihat di media sosial, saya ada bertemu Tun M.

“Namun saya belum sedia memberi apa-apa komen. Tunggu saya kembali ke Sabah dan saya akan berikan kenyataan rasmi,” katanya 

Desas-desus Lajim menyertai Bersatu rancak dibualkan namun Lajim tidak mahu memberi komen mengenainya. Sehingga kini terdapat 3 pasukan mendakwa membawa Bersatu masuk ke Sabah iaitu Lajim, Hajiji (bersama bekas pemimpin UMNO Sabah) dan terbaru Datu Muhammad Akjan Datu Ali Muhammad yang dulu pernah mendakwa Sultan Sulu menyokong Warisan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Lajim yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Klias tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) pada masa itu, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Azizah Dun bagi kerusi Parlimen Beaufort. Kini peluang itu kembali terbuka apabila Isnin dan Azizah bertindak keluar parti dan bakal menyertai Pakatan Harapan.

19 Disember lalu persidangan tahunan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersetuju dengan usul untuk meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengembangkan sayap ke Sabah 

Lajim berkata walaupun Bersatu menyatakan tidak akan ke Sabah seperti dijelaskan Perdana Menteri yang juga Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia tidak menghalang sesiapa saja untuk menjadi ahli.

Lajim berkata, pihaknya menghormati keputusan Dr Mahathir, namun pada masa sama tetap berharap Bersatu dapat melebarkan sayap ke Sabah suatu hari nanti apabila jumlah ahlinya di negeri ini semakin ramai.

“Usul itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti dan kita tetap dengan pendirian untuk meminta supaya Bersatu ke Sabah suatu hari nanti. Walaupun sekarang ia tidak ke Sabah, namun Dr Mahathir tidak menghalang jika kita mahu menjadi ahli.

“Ini bermakna, kita pun boleh menjadi ahli Bersatu cuma hanya ahli biasa tanpa cawangan dan bahagian. Namun, apabila jumlah keahlian sudah ramai mahu atau tidak, ia perlu juga melebarkan sayap ke Sabah.

“Apabila masanya sudah tiba, semua pihak perlu menghormati kehendak rakyat dan menerima Bersatu untuk melebarkan sayap ke Sabah sejajar dengan amalan demokrasi,” katanya 

Bagi Parti Warisan mereka menolak keras Bersatu melebarkan sayap ke Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Parti Pribumi Bersatu tidak diizinkan masuk Sabah- Darelll Leiking ]

 

[ARTIKEL BERKAITAN- PPBM ganti UMNO Sabah Kedudukan Warisan bakal tergugat?]

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas Pemimpin UMNO Sabah sertai Bersatu hampir pasti?]

 

11 Comments