Parti Pribumi Bersatu tidak diizinkan masuk Sabah- Darelll Leiking
04:12 Dec 15, 2018  |  By SabahKini2
Parti Pribumi Bersatu tidak diizinkan masuk Sabah- Darelll Leiking

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking menyalakan lampu merah dengan tidak mengizinkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) daripada memasuki Sabah.

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan termasuk di Sabah nampaknya terus berbeza pendapat polemik pemimpin UMNO keluar parti dan bakal menyertai parti komponen PH. DAP dan PKR nampaknya lebih keras menolak kemasukan mereka. 

[ARTIKEL BERKAITAN- DAP Selangor kecam Dr Mahathir 'mungkir janji' terima pemimpin UMNO keluar parti ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Ahli Parlimen UMNO sertai PH satu perkembangan berbahaya - Ramkarpal DAP ]

Shafie Apdal Presiden Warisan turut mengalu-alukan kemasukan mereka ke Warisan jika mahu melompat bersama mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan setuju terima Wakil rakyat dan Ketua Bahagian UMNO yang keluar parti- Shafie ]

Desas-desus Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) masuk ke Sabah selepas 19 wakil rakyat UMNO keluar parti baru-baru ini mengundang rasa tidak senang pemimpin parti Warisan Sabah.

Terbaru Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking menyalakan lampu merah dengan tidak mengizinkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) daripada memasuki Sabah.

Darell Leiking berkata, Bersatu telah mencapai persetujuan dengan Warisan supaya tidak akan memperluaskan pengaruhnya ke Sabah.

Beliau percaya Bersatu tidak akan melanggar persetujuan itu kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menggambarkan Warisan sebagai rakan sekutu.

Katanya, Warisan juga mengekalkan hubungan baik dengan Pakatan Harapan, termasuk menyokong usaha pakatan politik tersebut.

Beliau berkata demikian kepada China Press sebagai mengulas laporan bahawa terdapat permintaan supaya Bersatu meluaskan sayapnya ke Sabah selepas berlaku gelombang keluar UMNO di negeri itu.

Ditanya sama ada terdapat bekas wakil rakyat UMNO yang akan menyertai Warisan, Darell sekadar berkata: “Tidak tahu.”

Beliau bagaimanapun berkata, wakil rakyat yang bertukar haluan biasanya akan menyertai parti baharu secara bersyarat, keadaan yang mungkin tidak saksama buat ahli asal.

“Kalau mereka mahu menyertai parti lain termasuk Warisan, maka mereka harus ikhlas dan bukannya untuk mendapat kuasa.

“Dengan lain kata, mereka tidak dilarang menyertai parti lain, tetapi mereka tidak harus datang secara bersyarat yakni mahu mendapat jawatan tertentu,” katanya.

 

12 Comments