Selepas 'berfoya-foya' gadis Jakarta, balik Sabah Wira Warisan minta jawatan GLC
10:12 Dec 25, 2018  |  By SabahKini2
Selepas 'berfoya-foya' gadis Jakarta, balik Sabah Wira Warisan minta jawatan GLC

Ketika rakyat menderita kos hidup makin tinggi, harga barang tidak turun, harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit terus menjunam malah pengangguran anak muda terus bertambah tiada suara dari pemuda warisan mendesak kerajaan mengatasi masalah

KOTA KINABALU: Selepas sahaja Pemuda Warisan atau Wira Parti Warisan Sabah melancong dan 'berfoya-foya' ke Jakarta sekembalinya mereka ke tanahair ketua rombongan ke Jakarta Musliadi Mustala menggesa agar pucuk pimpinan tertinggi menimbang melantik ahlinya kepada beberapa jawatan penting dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di negeri ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Disaat rakyat susah harga getah, sawit jatuh Wira Warisan melancong 'berfoya-foya' ke Jakarta ]

Ketika rakyat menderita kos hidup makin tinggi, harga barang tidak turun, harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit terus menjunam malah pengangguran anak muda terus bertambah tiada suara dari pemuda warisan mendesak kerajaan mengatasi masalah yang ada.

‘Apa sudah jadi wira warisan? Mana suara mereka? Sepatutnya keutamaan kepada rakyat. Yang mereka lakukan sekarang ialah berfoya-foya berhibur di konsert di Jakarta, ada sumber mendedahkan mereka melanggan pelacur, ke rumah urut dan kini balik ke Sabah mereka mendesak kerajaan agar diberi jawatan dalam GLC”. kata sumber itu.

Menurut Exco Wira Warisan Sabah, Musliadi Mustala mereka layak mengisi kekosongan jawatan peringkat negeri dan nasional.

“Dalam barisan exco, kami mempunyai latar belakang kerjaya bertaraf profesional termasuk peguam, jurutera, akauntan serta peniaga (kontraktor) yang dikenalpasti mampu memikul tanggungjawab sekiranya diberikan peluang memegang jawatan tersebut,” katanya.

Musliadi berkata exco wira di peringkat negeri belum ada diberikan peluang menerajui GLC sama ada sebagai Pengerusi atau jawatan strategik di beberapa GLC yang berkaitan.

“Kita faham ianya tertakluk kepada kelulusan serta pengalaman yang ada untuk disesuaikan dengan penempatan ke jawatan GLC.

Ketika ini difahamkan terdapat sekurang-kurangnya hampir 50 GLC di peringkat negeri masih belum diisi sepenuhnya sekaligus oleh itu Wira Warisan terpaksa melobi jawatan ini dalam media agar mereka diberi peluang sama.

Menurut Wira Warisan langkah meminta jawatan dengan kepimpinan kerajaan merupakan cara SABAH BARU.

“Kami tidak minta secara keseluruhannya. Langkah ini selaras dengan  tanda pembaharuan SABAH BARU yang dilaungkan selama ini,” katanya.

 

15 Comments