Disaat rakyat susah harga getah, sawit jatuh Wira Warisan melancong 'berfoya-foya' ke Jakarta
22:12 Dec 15, 2018  |  By SabahKini2
Disaat rakyat susah harga getah, sawit jatuh Wira Warisan melancong 'berfoya-foya' ke Jakarta

Rakyat mengadu harga sawit dan getah jatuh. Mana Wira Warisan? Mereka 'Joli' dan berfoya-foya di Jakarta. Diberi RM5000 wang saku, hotel dan pengangkutan semua ditanggung. Duit dari mana? Duit rakyat atau kontraktor?

KOTA KINABALU- Ketika rakyat menderita kos hidup makin tinggi, harga barang tidak turun, harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit terus jatuh sekumpulan pemuda Warisan (Ketua Wira Warisan) ditaja puluhan ribu sedang berseronok bercuti di Jakarta.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Harga sawit jatuh: Kilang Sawit di Sabah tidak mahu beli buah sawit dari pekebun kecil ]

Ketua-ketua Warisan itu sangat berbangga mendedahkan percutian ‘liburan’ mereka di Jakarta dalam media sosial laman facebook sebagai jasa dan sumbangan mereka sebelum PRU ke 14 lalu.

Menurut sumber semua Ketua Wira Warisan itu diberi wang saku RM5000 selain kos penginapan hotel, pengangkutan dan lain-lain lagi ditanggung sepenuhnya oleh Ketua Wira Warisan Pusat Datuk Azis Jamman.

Facebook Ketua Wira Warisan Bahagian Putatan Mohammad Firdaus Diun melaporkan percutian gembira ketua-ketua wira Warisan seperti menyaksikan konsert ‘live’ di Jakarta selain ‘shopping’ di pasaraya-pasaraya.

Netizen Sabah mempersoalkan dari mana agaknya tajaan Ketua-ketua Wira puluhan ribu itu?

Dikala rakyat hidup susah di mana suara wira dan wirawati yang kini parti mereka menjadi kerajaan? Mereka sedang berseronok bercuti, ‘joli’ dan berfoya-foya di pusat hiburan di Jakarta Indonesia dari memikirkan masalah rakyat

Sebelum ini kecoh mengenai Menteri ‘Warisan’ Datuk Mohammadin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ‘kaki joli’ di luar negara bawa anak isteri. Rupanya pemimpin muda Warisan pun ‘kaki joli’ seperti menteri mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat ]

 

 

 

16 Comments