Bukti Menteri DAP Kula lantik Peguam Proksi di HRDF didedahkan!
02:01 Jan 04, 2019  |  By SabahKini2
Bukti Menteri DAP Kula lantik Peguam Proksi di HRDF didedahkan!

Kula membuat penafian tetapi CEO HRDF mengesahkan pelantikan Vermal Peguam Kula Associates sebagai Panel Peguam di HRDF.Firma Vermal hanya 5 bulan ditubuhkan sudah dilantik. Bukankah ini kepentingan?

Sebelum ini didedahkan Menteri DAP Kulasegaran sebagai pengamal Dasar 'Indian First' di kementeriannya apabila agensi di bawahnya kementeriannya Human Resource Developmt Fund (HRDF) kini sudah seperti mini Hindraf. Malah melantik anak didiknya seorang peguam sebagai proksi di HRDF

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri DAP Kula 'Buang Melayu' agensi HRDF kini jadi mini Hindraf ]

Bagaimanapun Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran telah menafikan bahawa firma guaman anak didiknya iaitu Vemal Arasan & Associates telah dilantik sebagai ejen mengutip tunggakan levi bagi pihak Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). YB Kula juga turut menyatakan bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap pelantikan ejen di HRDF sebaliknya apa-apa keputusan di buat oleh pihak pengurusan HRDF.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri DAP nafi tetapi CEO HRDF Sahkan firma guaman ‘anak didik Kula’ dilantik peguam di HRDF ]

Dalam menjawab perkara ini, Ketua Pegawa Eksekutif (CEO) HRDF, Elanjelian Venugopal telahpun mengesahkan bahawa firma guaman tersebut telah dilantik oleh HRDF sebagai ejen peguam panel mereka.

Selepas PRU-14 yang lalu, beberapa perubahan besar di dalam Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan HRDF telah dibuat. Ini termasuklah pelantikan CEO dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang baru.

CFO baru yang dilantik adalah Dharmodaran Munusamy iaitu Pengerusi Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Association yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kes kehilangan dana derma awam persatuan tersebut pada tahun 2003 sehingga diberikan amaran oleh Pendaftar Pertubuhan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Facing deregistration over finances ]

Bagi pelantikan Vemal Arasan & Associates sebagai ejen mengutip tunggakan levi HRDF pula, YB Kula dan pengurusan HRDF perlu tampil menjelaskan adakah prosedur lantikan telah dipatuhi sepenuhnya?

Selain itu, adakah benar terdapat dakwaan bahawa permohonan Vemal Arasan & Associates untuk menjadi ejen HRDF hanya dibuat menerusi emel peribadi antara CEO, Elajelian dan pihak Vemal Arasan pada bulan Julai yang lalu?emel dilampirkan.

Firma Vemal Arasan & Associates dikhabarkan baru sahaja ditubuhkan pada bulan Februari 2018 yang lalu dan mengikut kenyataan CEO HRDF, pemilihan firma ejen dibuat berdasarkan bidang kepakaran mereka. Persoalan besarnya, apakah merit dalam pelantikan firma ini dan adakah tempoh lima bulan (Februari-Julai) penubuhannya selari dengan kriteria ‘kepakaran’ yang disyaratkan oleh HRDF? Vemal adalah peguam di pejabat Kula Associates dan jelas Vemal adalah proksi kepada Menteri DAP Kula. Menurut sumber bapa Vermal Arasan adalah Ahli Lembaga Pengarah SOCSO juga dalam kementerian yang sama.

YB M. Kulasegaran patut tampil memberi penjelasan tentang persoalan-persoalan ini. HRDF beroperasi menggunakan dana awam dan perkara berbangkit ini perlukan pencerahan yang telus dari pihak Menteri. Itupun jika ‘ketelusan’ masih menjadi prinsip Pakatan Harapan.

Asal- Madi Azmadi

2 Comments