Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam.

Menurut sumber, suspek merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.

Ujarnya, ketika itu, suspek dikatakan bersama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun turut ditahan kerana positif dadah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Mohammad Sabu sendiri dikaitkan dengan Skandal Zaza G-String yang kontroversi dan Setiausaha Politiknya Azhar terlibat dengan rasuah RM800 ribu. Bagaimanapun isu skandal zaza dan Setiausaha Politiknya itu terus senyap.

Netizen juga melihat sebagaimana kes Azhar Setiausaha Politiknya, kes anaknya pasti selesai dan akan terus ditutup.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Gadis Seksi G-String Mat Sabu didedah,Presiden PAN menang bergaya di Kota Raja? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar ambil rasuah RM800 ribu angkat sumpah Setiausaha Politik Mat Sabu ]