Dua pegawai Petronas bakal ditahan SPRM kerana skandal rasuah UZMA Berhad?
02:02 Feb 04, 2019  |  By SabahKini2
Dua pegawai Petronas bakal ditahan SPRM kerana skandal rasuah UZMA Berhad?

UZMA Berhad hanya berani mengumumkan kepada Bursa Malaysia mengenai perolehan kontrak mereka tetapi tidak berani mengumumkan mengenai kegagalan Projek ‘Ghazi 461 sebagaimana surat mereka yang tular. SPRM bakal tahan dua pegawai Petronas?

Selepas pendedahan surat rayuan UZMA Berhad bertarikh 16 November 2018 yang gagal melaksanakan projek Kontrak Hidraulik "Ghazi 461" untuk PETRONAS Carigali Sdn Bhd (CHO/2017/WELLS/1017) ramai percaya bahawa terdapat syarikat tertentu mendapat layanan istimewa sekalipun gagal melaksanakan projek.

[ARTIKEL BERKAITAN - Skandal Petronas: Rasuah, hubungan sulit bakal selamatkan kontrak UZMA Berhad? ]

UZMA Berhad hanya berani mengumumkan kepada Bursa Malaysia mengenai perolehan kontrak mereka dari Petronas tetapi tidak berani mengumumkan mengenai kegagalan Projek ‘Ghazi 461’ itu. Jika berani buatlah pengumuman rasmi berdasarkan kandungan surat yang tular itu. Setakat ini tidak ada pengumuman sedemikian dalam Bursa Malaysia.

Susulan pendedahan itu CEOnya Dato' Kamarul Redzuan Bin Muhamed dan juga Petronas berusaha keras menafikan cerita ‘skandal’ namun tidak pula menafikan mengenai surat yang tular UZMA Berhad gagal melaksana projek "Ghazi 461", merayu tidak ditamatkan malah meminta pula kepada Petronas projek penggerudian sampingan serta sebagai kontraktor tunggal tidak terhad projek yang UZMA perolehi sedia ada.

Terima kasih kepada semua media tempatan termasuk media antarabangsa menyiarkan mengenai UZMA Berhad dan Petronas ini. Popularlah CEO UZMA Dato' Kamarul Redzuan Bin Muhamed yang juga Presiden Ansara itu.

 

Laporan kepada SPRM

Sementara itu SPRM dikatakan bakal menyiasat rasuah dan salahguna kuasa di Petronas melibatkan syarikat UZMA Berhad selepas surat UZMA tular dalam media tempatan dan antarabangsa.

Sumber dalam Petronas mendedahkan selepas UZMA Berhad gagal melaksana projek ‘Ghazi 461’, Petronas bukan sahaja menyambung kontrak UZMA malah menganugerahkan lagi projek Rundingan Terus kepada UZMA Berhad projek Angsi Work Over.

UZMA Berhad dalam suratnya mendakwa syarikat telah membelanjakan membeli peralatan USD 8 juta.
Gagal di Ghazi bermakna mereka perlu projek di  tempat lain untuk pelaburan peralatan itu. Benarkah UZMA beli?

Surat Shahrudin Omar yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Warga Petronas Yang Prihatin” mendedahkan laporannya kepada SPRM menyiasat dua individu utama dalam Petronas yang menerima rasuah daripada UZMA Berhad serta menyalahgunakan kuasa memberi projek walaupun UZMA Berhad gagal.

Dua individu iaitu ialah Mazuin Ismail, Senior Vice President (SVP) Project Delivery & Technology dan Noor Mohamed Taj Mohammad Senior General Manager Procurement Projects Upstream. Menurut laporan SPRM itu dua individu ini kaya-raya hasil rasuah. Petronas selama ini tidak mampu membuang UZMA Berhad kerana mereka ini sudah mendapat habuan rasuah sejak sekian lama.

 Mazuin Ismail hari ini kaya-raya

 

Apakah Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin Presiden & CEO Petronas akan mengorbankan dirinya atau Mazuin Ismail?

Walaupun dua nama disebutkan adalah wajar SPRM menyiasat bahagian Procuremet Petronas diketuai oleh Samsudin Miskon memandangkan Noor Mohamad Taj Mohammad dari bahagian yang sama.

Samsudin Miskon dan En.Noor Mohamad Taj Mohammad 

Projek Rundingan Terus ‘Angsi Work Over’ kepada UZMA Berhad adalah kejayaan hasil rundingan surat rayuan 16 November 2018. Persoalannya bagaimana UZMA Berhad syarikat yang gagal melaksana projek ‘Ghazi 461’ tetapi diberi projek lain? Jika ini dilakukan dalam projek kementerian kerajaan sudah lama syarikat disenarai hitamkan tetapi tidak kepada Uzma Engineering Sdn Bhd. Mengapa?

Kejayaan projek ini tidak dapat diumumkan sekarang memandangkan keadaan yang sangat di Petronas. Apakah Petronas akan membatalkannya? Atau dokumen kelulusan projek Angsi Work Over ikepada UZMA Berhad tu bakal didedahkan?

Sama-sama melihat keberanian Petronas sama ada Petronas akan mempertahankan dirinya atau bakal mengorbankan pegawainya Mazuin Ismail dan Noor Mohamed Taj Mohammad. SPRM sudah mengetahui kes ini hanya perlu menunggu sama ada SPRM bertindak atau berdiam diri.

Oleh itu rakyat Malaysia serta warga Petronas sangat berbesar hati sekiranya SPRM bertindak segera.

17 Comments