Hajiji yakin PPBM masuk Sabah, Shafie berharap tidak
22:02 Feb 07, 2019  |  By SabahKini2
Hajiji yakin PPBM masuk Sabah, Shafie berharap tidak

Nampaknya Warisan tidak senang duduk dengan kenyataan Datuk Hajiji PPBM masuk Sabah dengan penuh yakin itu. Setiap kali Hajiji respon serta merta Warisan menafi.Kenapa takut?

SEMPORNA: Parti Warisan Sabah (Warisan) mengulangi kenyataan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat mengotakan katanya untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah atas dasar “perjanjian adik beradik” yang dicapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kedua-dua pihak sudah berpakat dan sebelum ini Bersatu menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan untuk parti itu berada di Sabah berikutan kewujudan Warisan.

“Kami sudah menang besar, PPBM tidak perlu masuk ke Sabah”.

Mohd Shafie berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang menegaskan Bersatu akan melebarkan sayap ke Sabah tidak lama lagi.

Semalam bekas Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor yakin PPBM akhirnya akan bertapak di Sabah

Bercakap kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka anjuran Parti Bersatu Sabah Hajiji berkata dia sedang berhubung dengan ketua-ketua PPBM berhubung perkara itu.

“Saya boleh beritahu anda PPBM akan datang ke Sabah.

“Saya yakin tidak lama lagi,” kata Adun Sulaman itu, yang mengetuai penghijrahan keluar pemimpin-pemimpin Umno Sabah pada Disember tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tidak kembali kepada UMNO, Warisan bukan pilihan dan yakin PPBM masuk Sabah ]

Desas-desus mengatakan dalam perbincangan kemasukan bekas-bekas UMNO itu ke PPBM mengesahkan Tun Dr Mahathir Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM tidak senang dengan cara pentadbiran Shafie Apdal.

Tun Dr Mahathir dilihat cuba mengurangkan kuasa Shafie Apdal itu apabila PPBM masuk ke Sabah. Strategi PPBM dan penganjur ialah mendaftarkan serama ahli PPBM di Sabah. Jika mencecah ratusan ribu tiada alasan lagi PPBM menolak kemahuan rakyat Sabah yang mahu PPBM masuk ke Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- PPBM ganti UMNO Sabah Kedudukan Warisan bakal tergugat? ]

 

10 Comments