RM90 juta PAS kecoh, VK Liew RM3.5 juta masuk akaun bila nak siasat?
22:02 Feb 09, 2019  |  By SabahKini2
RM90 juta PAS kecoh, VK Liew RM3.5 juta masuk akaun bila nak siasat?

Kalau PAS boleh disiasat kerana RM90 juta mengapa tidak VK Liew RM3.5 juta? Orang lain masuk akaun satu kesilapan dan disiasat tetapi VK Liew terima wang dianggap tidak bersalah.

Sehari dua ini nampaknya sibuk dengan isu RM90 juta kononnya diberi kepada PAS.

Malah sumber-sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipetik berleluasa malah dikerah mendedahkan maklumat siapa yang bakal ditangkap atau dikaitkan dengan dana 1MDB itu. Tidak segan silu maklumat dalam SPRM dilepas kepada pihak luar kononnya lapan lagi pemimpin PAS akan dipanggil berhubung isu penerimaan dana RM90 juta daripada Umno.

Nampaknya metod kaedah lama SPRM tidak pernah berubah mereka melepaskan separuh masak maklumat apabila tular mereka akan masuk seakan bertindak dan bekerja mengikut gaya pemerintah.  

Menurut mereka lapan dipanggil itu sama ada terkait dengan dakwaan tersebut atau untuk membantu siasatan. SPRM sudah memanggil Nasharuddin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ambiga dan beberapa lagi pemimpin PAS dikait dana 1MDB.

Cuma nak tanya SPRM memandangkan dana RM90 juta 1MDB ni begitu mendapat fokus padu, bila pula nak tahan dan siasat Datuk Liew Vui Keong (VK Liew) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) dulu bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak 2006 hingga 2014 yang menerima RM3.5 juta sejak 5 April 2012 hingga 16 April 2013?

 

maklumat ini didedahkan SPRM sendiri kepada pihak luar sehingga digunakan oleh laporan Malaysiakini. 

Jika Dato’ Seri Najib, UMNO, parti komponen BN dan PAS boleh disiasat malah ada akaun dibekukan mengapa tidak kedengaran pula SPRM memanggil dan menyiasat Datuk VK Liew? Apakah kerana VK Liew sekarang menteri yang menjaga undang-undang maka dia tak boleh disentuh?.

Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar: V.K Liew Menteri Undang-Undang terima RM3.5 juta dikait 1MDB ]

Pemimpin LDP sendiri mengesahkan Datuk VK Liew mencuri wang RM3.5 juta dikait 1MDB itu dari parti. Bukankah itu sudah cukup untuk memanggil bekas presiden LDP itu dan siasat apa beliau buat dengan wang RM3.5 juta itu?

[ARTIKEL BERKAITAN- LDP sahkan Menteri V.K Liew curi RM3.5 juta wang dikait 1MDB dari akaun parti ]

 

 

6 Comments