Jet G200 milik Sabah Air Ketua Wira Warisan dan Azizul Hj Tandek menipu
11:11 Nov 17, 2017  |  By SabahKini2
Jet G200 milik Sabah Air Ketua Wira Warisan dan Azizul Hj Tandek menipu

Buat sidang media hanya menggunakan Facebook seorang pengguna bernama Azizul Hj Tandek yang menggunakan gambar Jet Photos (Entri telah dipadam)

KOTA KINABALU: Jet Gulfstream G200 yang disebar oleh Parti Warisan pada selasa lalu menggunakan gambar palsu Jet Photos dan dikatakan milik Ketua Menteri sebenarnya milik Sabah Air Aviation Sdn Bhd yang dikendalikan syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata jet tersebut digunakan sebagai pesawat sewa komersial dan boleh digunakan bila-bila masa oleh orang ramai, individu, sektor korporat atau mana-mana entiti kerajaan.

Syarikat itu kesal sesetengah pihak secara sengaja atau tidak senjaga terlepas kenyataan yang dikeluarkan bulan lalu mengenai pesawat itu dan sebaliknya secara tidak langsung menyebut aktiviti meragukan oleh kerajaan negeri.

Selain pesawat G200, Sabah Air turut memiliki dan mengendalikan pesawat Nomad dan KingAir 200, yang juga disewakan untuk tujuan perdagangan, medevac dan tinjauan udara.

“Sabah Air dalam proses menceburi ambulans udara VIP dan carter eksekutif dengan sebuah syarikat Singapura. Kami mahu menyewa atau membeli pesawat Lear Jet 60 yang akan ditempatkan di pangkalan Subang,” kata syarikat itu.

Sabah Air diperbadankan pada 1975 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik kerajaan Sabah sepenuhnya, bawah Kementerian Kewangan.

Pada sidang media Selasa lepas, Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Azis Jamman dan Adun Likas Juns Wong mencabar kerajaan negeri berterus terang mengenai pemilikan sebenar pesawat G200 itu.

Azis berkata beliau mendapat tahu kewujudan jet itu melalui catatan Facebook seorang pengguna bernama Azizul Hj Tandek yang menggunakan gambar Jet Photos dalam facebooknya dan selepas tular pemilik faceboook ini memadam status facebooknya mengenai jet itu. 

Pemeriksaan Sabahkini mengenai pesawat VP-CSA didaftarkan atas syarikat Innosky Limited beralamat 69 Great Hampton Street, Birmingham, B18 6EW. 

Soal bagaimana Sabah Air Aviation Sdn Bhd mendapatkan urusniaga pesawatnya ini terpulang kepada mereka. Yang pasti Jet Gulfstream G200 VP-CSA bukan milik individu tetapi syarikat. 

Azis Jamman dan Juns Wong yang membuat fitnah mengenai pesawat itu wajar memohon maaf memberikan info yang salah. Kata seorang pegawai Sabah Air Aviation Sdn Bhd

Comment