Bugis dan Jawa bukan Anak Negeri tetapi berhak dilantik ketua adat – Ewon
08:02 Feb 13, 2019  |  By SabahKini2
Bugis dan Jawa bukan Anak Negeri tetapi berhak dilantik ketua adat – Ewon

Masyarakat Bugis dan Jawa berhak memiliki sistem ketua masyarakat kaum mereka tetapi bukan atas nama ketua anak negeri atau wakil ketua anak negeri, sama seperti masyarakat Cina di Sabah yang mempunyai ketua masyarakat atau kapitan.

KOTA KINABALU – Semua komuniti bangsa di Sabah yang sah (bumiputera Sabah) melalui perlembagaan negeri berhak dilantik sebagai ketua adat atau ketua masyarakat bagi mengurus tadbir warisan, adat, dan budaya masing-masing, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata semua pihak perlu menghargai keunikan sejarah peradaban komuniti di Sabah sebelum, semasa, dan selepas perundingan penubuhan Persekutuan Malaysia.

“Saya menganggap Ordinan Interpretasi Anak Negeri sebagai satu bentuk kontrak sosial yang istimewa dan wajar dipertahankan kerana itulah yang mentaktrifkan kewujudan masyarakat orang asal di Sabah, yang diperakukan sebagai anak negeri dalam istilah perundangan di Sabah.

“Komuniti Bumiputera anak negeri berhak sepenuhnya kepada pentadbiran adat dan budaya mereka termasuk hal ehwal berkaitan Mahkamah Anak Negeri kerana itulah mahkamah adat buat mereka sebagai orang asal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar dikecam selepas mencadangkan masyarakat Jawa dan Bugis di negeri itu diiktiraf sebagai anak negeri.

Dalam pada itu, Ewon berkata, masyarakat Bugis dan Jawa juga berhak memiliki sistem ketua masyarakat kaum mereka tetapi bukan atas nama ketua anak negeri atau wakil ketua anak negeri, sama seperti masyarakat Cina di Sabah yang mempunyai ketua masyarakat atau kapitan.

“Saya berpendapat komuniti ini (Bugis dan Jawa) sebagai orang asal di negara jiran (tetapi) tidak termasuk sebagai anak negeri Sabah. Saya pasti perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri Sabah pada Rabu (esok),” katanya, yang turut berharap rakyat Sabah akan terus harmoni dan bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa mengira golongan komuniti.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick terkenal dengan sikap akurnya kepada pemimpin Warisan. Ia bukan baru dan menghairankan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik!]

15 Comments