Ditaja Lembaga Totalisator Malaysia lawatan pegawai tinggi polis ke Turki tidak salah kata Muhyiddin
03:02 Feb 15, 2019  |  By SabahKini2
Ditaja Lembaga Totalisator Malaysia lawatan pegawai tinggi polis ke Turki tidak salah kata Muhyiddin

Tiada kesalahan. Kalau ditaja oleh swasta saya tidak akan luluskan. Tetapi ini oleh ’board’ dan ‘board’ ialah (di bawah) Kementerian Kewangan. Datang dari mana-mana (sumber kewangan) itu soal lain

Selepas dikecam rakyat Malaysia berhubung pendedahan Lim Guan Eng bahawa lawatan Ketua Polis Negara dan pegawai kanannya ke Turk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tampil lagi mendedahkan kononnya bahawa kelulusan penajaan lawatan itu oleh Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia dibuat pada 2017 lagi.

“Kos lawatan itu adalah RM184,685 ditaja oleh syarikat berkanun Totalisator Malaysia,” kata Lim selepas menghadiri Majlis Mesra Warga Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2019 di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan selaku menteri beliau telah meluluskan lawatan itu dalam tahun 2019.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah menjelaskan proses permohonan dan kelulusan peruntukan lawatan pegawai kerajaan ke luar negara tertakluk kepada pekeliling perbendaharaan sedia ada.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lim Guan Eng yang arah agensi Kementerian Kewangan LTM guna duit syarikat ‘Da Ma Cai’ bukan salah IGP! ]

Isunya jelas iaitu permohonan dan kelulusan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kewangan dan dari mana sumber peruntukan Kementerian Kewangan beri seperti melalui agensi Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) itu kuasa kementerian. PDRM dan KDM tiada urusan langsung dengan syarikat loteri Da ma cai.

Lim Guan Eng yang arah agensi Kementerian Kewangan LTM guna duit syarikat ‘Da Ma Cai’ bukan salah IGP!

Jadi dakwaan Lim Guan Eng kelulusan dibuat pada tahun 2017 dan dibelanjakan pada tahun 2019 memang sangat janggal.

Hari ini sekali lagi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menegaskan lawatan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun bersama beberapa pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki bukan menjadi satu kesalahan kerana ia bukan ditaja secara langsung oleh syarikat swasta.

Muhyiddin berkata lawatan itu ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia, yang merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan bawah Lim Guan Eng.

“Saya tidak fikir ada kesalahan apa-apa. Kalau ditaja oleh swasta saya tidak akan luluskan. Tetapi ini oleh ’board’ dan ‘board’ ialah (di bawah) Kementerian Kewangan.

“Jadi bagi saya tidak ada isu langsung. Dia nak hantar berapa orang itu bukan “details” yang saya hendak tengok. Siapa hendak pergi saya pun tidak pernah tanya dan mereka pun pergi ikut rombongan yang  dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam yang menyatakan lawatan itu tidak diluluskan oleh kementeriannya tetapi oleh Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia, yang mana syarikat itu mendapat sumber kewangan dari syarikat loteri Da ma cai.

Muhyiddin berkata isu mengenai dari mana lembaga berkenaan memperoleh sumber kewangan merupakan isu yang berbeza.

“Macam kes ini, ketua polis negara bawa surat nyatakan satu persatu bahawa tujuan pergi sana adalah sebab itu, ini dan lain-lain perkara dan pihak yang akan menaja ialah dalam kes ini daripada Lembaga Totalisator Malaysia. Datang dari mana-mana (sumber kewangan) itu soal lain,” katanya

 

Comment