Hina Tun Dr Mahathir PM, Kenny perlu diambil tindakan - Khairuddin
17:02 Feb 25, 2019  |  By SabahKini2
Hina Tun Dr Mahathir PM, Kenny perlu diambil tindakan - Khairuddin

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, gelagat kurang ajar Kenny terhadap perdana menteri tidak harus dipandang remeh oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri.

KUALA LUMPUR: Tindakan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kenny Chua yang menghina Tun Dr Mahathir Mohamad di laman Facebooknya dianggap biadab dan tidak boleh diterima.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, gelagat kurang ajar Kenny terhadap perdana menteri tidak harus dipandang remeh oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri.

"Mohd Shafie harus menegur dan mengambil tindakan tegas ke atas Kenny yang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kesat kepada Dr Mahathir.

"Kenny seperti tidak berpuas hati dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak masuk ke Sabah.

"Itu adalah hak mana-mana parti politik untuk bergerak aktif di mana-mana negeri. Ia tidak menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Kenny dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat di catatan Facebooknya. Ia reaksi susulan Dr Mahathir untuk mengembangkan sayap Bersatu ke Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pembantu Menteri Kewangan Sabah maki Tun M "Fuck U Lah' diarah Anwar dan Shafie? ]

Tegas Khairuddin, Parti Warisan Sabah (WARISAN) juga dipersilakan untuk datang malah bergerak aktif di Semenanjung.

"Tidak ada masalah langsung. Cuma itu hak rakyat sama ada hendak menyertainya ataupun tidak.

"Kenapa Kenny seperti tidak faham. Dia sepatutnya bersifat ilmiah, rasional serta profesional. Jangan ikut hati kerana ianya boleh membawa mati.

"Sebagai seorang pemimpin, Kenny harus menunjukkan teladan yang baik. Dia bukan gangster tetapi seorang pemimpin politik," jelasnya.

Tambahnya, Mohd Shafie harus segera mengambil tidakan terhadap Kenny.

"Seandainya Mohd Shafie tidak bertegas dengan pembantunya, ia juga membawa erti Ketua Menteri Sabah merangkap menteri kewangan negeri itu merestui tindakan Kenny.

"Kenny tidak layak untuk jadi pemimpin. Kita tunggu reaksi Mohd Shafie dalam isu ini," katanya.

Sebelum ini, Mohd Shafie beberapa kali berharap Bersatu tidak akan masuk ke Sabah susulan ura-ura ia akan melebarkan sayapnya ke negeri ini dan bakal disertai beberapa bekas wakil rakyat UMNO.

Bagaimanapun baru-baru ini, Mohd Shafie Apdal berkata, mereka tidak boleh menghalang Bersatu jika parti itu benar-benar berhasrat melebarkan sayap ke negeri itu.


KENYATAAN PENUH MEDIA KHAIRUDDIN

DATO SERI SHAFEI APDAL HARUS TEGUR DAN AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS KENNY CHUA PEMBANTU MENTERI KEWANGAN SABAH!!

Reaksi dan gelagat kurang ajar kenny chua selaku pembantu menteri kewangan sabah tidak harus dipandang remeh oleh ketua menteri sabah yang juga merangkap menteri kewangan negeri!!

Dato seri shafei apdal harus tegur dan mengambil tindakan tegas keatas pembantu menteri kewangan sabah yang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kesat kepada perdana menteri malaysia!!

Apa saja perbedaan pendapat dan tafsiran di dalam politik; kita mengamalkan sistem demokrasi yang membenarkan mana-mana parti politik bergerak aktif di mana-mana negeri di tanahair kita!!

Saya rasa budak haprak kenny chua ini tidak puas hati dengan keputusan parti PPBM hendak memasukki negeri sabah!!

Itu adalah hak mana-mana parti politik untuk bergerak aktif di mana-mana negeri sekalipun!! Ianya tidak menyalahi undang-undang!!

Malahan, parti Warisan pun boleh datang dan bergerak aktif di semenanjung malaysia!!

Tidak ada masalah langsung!! Cuma itu hak rakyat lah samada nak menyertainya ataupun tidak?!

Kenapa kenny chua selaku pembantu menteri kewangan sabah ini bodoh sangat?! Budak haprak ini menjawat jawatan yang agak tinggi statusnya di dalam kerajaan negeri sabah!!

Dia sepatutnya bersifat ilmiah, rasional serta professional!! Jangan ikut hati kerana ianya boleh bawa mati!!

Sebagai seorang pemimpin kenny chua harus tunjuk teladan yang baik!! Dia bukan gangster tetapi dia adalah seorang pemimpin politik!!

Apapun, dato seri shafei apdal harus ambil tindakan tegas pada budak haprak kenny chua ini!!

Seandainya dato seri shafei apdal tidak bertegas dengan pembantunya itu; ini juga membawa erti ketua menteri sabah merangkap menteri kewangan negeri merestui tindakan samseng kenny chua!!

Sesungguhnya juga, budak haprak kenny chua tidak layak untuk jadi pemimpin!!

Sama-sama kita tunggu reaksi ketua menteri sabah dalam isu ini!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin
25 Februari 2019

9 Comments