Kenny Chua nafi 'FUCK U' Tun M tapi laporan polis sahkan pengakuannya
16:02 Feb 26, 2019  |  By SabahKini2
Kenny Chua nafi 'FUCK U' Tun M tapi laporan polis sahkan pengakuannya

Seperti dijangka Kenny Chua membuat penafian dan menuduh portal memfitnahnya.Namun satu laporan polis oleh Bersatu Sabah mengesahkan Kenny mengaku menulis kenyataan me

KOTA KINABALU: Selepas dikecam netizen dan pemimpin Bersatu seperti Khairuddin Hassan akhirnya Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kenny Chua tampil menafikan beliau memuat naik satu catatan di Facebook untuk mengkritik Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad.

Adun Inanam dan ketua PKR Penampang itu sebaliknya mendakwa sebuah portal berita tempatan mendalangi tindakan itu.

“Kenapa saya hendak buat demikian? Saya bukannya gila. Portal itu memutar belit cerita itu untuk menganiaya saya. Saya tidak pernah memuat naik status itu di laman Facebook saya,” katanya 

[ARTIKEL BERKAITAN- Pembantu Menteri Kewangan Sabah maki Tun M "Fuck U Lah' diarah Anwar dan Shafie? ]

Semakan portal Sabahkini2 sememangnya facebook rasmi itu milik Kenny Chua bagaimanapun beliau telah memadamkan kenyataan beliau memaki "FUCK U itu". Jadi tindakan Kenny Chua  menafikan beliau memuatkan kenyataan itu dalam facebook sebagai palsu sudah dijangka. 

Baru-baru ini Dato' Jerry Ambuting Mohd Said telah melaporkan kepada polis kenyataan Kenny Chua menghina Tun Dr Mahathir.

"YB Kenny Chua mengakui kepada saya melalui whatsapp yang dia yang menulisnya'. kata kenyataan itu

Laporan Dato' Jerry Ambuting mengesahkan Kenny Chua mengaku menulisnya. Polis wajar menyiasat aduan ini. 

Oleh itu warganet berharap siasatan polis dibuat terhadap Kenny Chua memandangkan Kenny menafikan kenyataan facebook itu dilakukan olehnya. 

Isu Chua menyokong Shafie Apdal dan kerajaan negeri tak timbul kerana itu hak demokrasi untuk memberi pandangan. Juga tidak timbul bantahan terhadap bekas pemimpin Umno sebagai ‘point’ bantahan utama Bersatu ke Sabah.

'isu utama ialah kenyataan kesat Pembantu Menteri Kewangan kepada pemimpin negara terutamanya YAB Perdana Menteri'. kata Ahmad dalam facebooknya,

Sejak Mahathir mengumumkan PPBM akan mengembangkan sayap ke Sabah pada 15 Februari lalu, penyokong Warisan dan sekutu mereka mengkriitk perdana menteri serta menggesa Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal mempertahankan pendiriannya dengan tidak membenarkan Bersatu memasuki Sabah.

Bagaimanapun, Shafie pada 18 Februari lalu dilaporkan berkata, Warisan tidak boleh menghalang kemasukan Bersatu ke Sabah dan menasihatkan penyokongnya bertenang.

11 Comments