Skandal Petronas - Pegasus: Projek gagal, yang kenyang Redtech Offshore 'Subcon' kroni anak menantu CEO Petronas?
19:02 Feb 27, 2019  |  By SabahKini2
Skandal Petronas - Pegasus:  Projek gagal, yang kenyang Redtech Offshore 'Subcon' kroni anak menantu CEO Petronas?

Bagaimana syarikat Pioneer Pegasus yang lebih kecil boleh menewaskan syarikat besar? Rupanya Redtech Offshore kroni anak menantu CEO Petronas yang menolongnya. Syaratnya Redtech dilantik sebagai 'Subcon'nya.

Redtech 'Subcon' Pioneer Pegasus ada kaitan anak menantu CEO Petronas gagal laksana projek Pan Malaysia Underwater Services

Selepas isu skandal Uzma Berhad - Petronas didedahkan kegagalan ‘Projek Ghazi 461 kini satu lagi kontrak Petronas yang ada kaitan dengan ‘anak menantu’ CEO Petronas dibongkar iaitu kontrak CTC/HC-GP/2017/108 “Provision of Pan Malaysia Underwater Services under the Petroleum Arrangement Contractors (PACs) diberi kepada Syarikat PIONEER PEGASUS SDN BHD dengan nilai kontrak RM600 juta selama 5 tahun.

Pioneer Pegasus Sdn Bhd mendapat kontrak terbesar berbanding syarikat gergasi ‘public listed’ seperti Sapura Energy Berhad dan Alam Maritim Resources Berhad.

Persoalannya bagaimana Syarikat Pioneer Pegasus itu boleh mendapat kontrak sedangkan dari segi kekuatan teknikal seperti ‘track record’, aset-aset, kapal Diving support Vessel (DSV), Remotely Operated Vehicle (ROV), kemahiran pegawainya dan kekuatan komersial seperti dana yang besar melaksanakan kontrak ini? Pioneer Pegasus tidak memiliki semua itu berbanding syarikat besar yang lain. 

Modal berbayar Pioneer Pegasus Sdn Bhd hanya RM1juta namun dapat projek bernila RM600 juta menewaskan 
Sapura Energy Berhad dan Alam Maritim Resources Berhad.

Sumber mendedahkan sekali lagi dikatakan inilah sentuhan En.Noor Mohamad Taj Mohammad (Senior General Manager Procurement) dan Siti Hawa Haji Ahmad (Head Procurement Upstream &International). Pastinya arahan tertentu dari 'BOS ATAS' sangat signifikan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Uzma-Petronas:Siti Hawa Head Procurement (PDT) bakal ’dikambing hitamkan’? ]

 Siasatan dalam Petronas hanya bakal menjerat Siti Hawa. Namun apakah Siti Hawa bakal menjerat bos-bosnya?

Redtech Offshore Sdn Bhd sebagai Subkontraktor

Persoalannya jika benar Pioneer Pegasus Sdn Bhd punya kemahiran tinggi serta dana kewangan mencukupi untuk melaksanakan kontrak ini mengapa projek Pan Malaysia Underwater Services disubkan 100% kepada syarikat lain yang kurang berpengalaman berbanding kontraktor utama? Lebih teruk projek ini mengalami kelewatan sekarang dan tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Pasti ramai ingin tahu siapa syarikat itu? Bukan lagi rahsia dikalangan pemain Petronas termasuk di pejabat Petronas sendiri iaitu Syarikat Redtech Offshore Sdn Bhd yang dikaitkan dengan anak menantu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik sebagai Subkontraktor.

Tanpa Redtech Offshore siapalah Pioneer Pegasus

Persoalannya apakan pelantikan Redtech Offshore Sdn Bhd sebagai Subkontraktor adalah syarat kepada pemilihan Syarikat Pioneer Pegasus Sdn Bhd sebagai kontraktor utama? 

Sumber memaklumkan penganugerahan tender kepada Pioneer Pegasus Sdn Bhd menewaskan syarikat ternama kerana hanya mahu memberi Subkontraktor  kepada syarikat Redtech Offshore Sdn Bhd yang ditubuhkan tahun 2014. Redtech Offshore Sdn Bhd sebagai proksi anak menantu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONASlah yang menolong mendapatkan projek ini.

Lebih teruk dikatakan Redtech Offshore Sdn Bhd keluar sebagai subkontraktor kepada Pioneer Pegasus Sdn Bhd selepas menerima bayaran. Redtech Offshore Sdn Bhd hanya syarikat yang digunakan untuk membayar komisen kerana Petronas melantik mereka. 

Redtech Offshore Sdn Bhd dilihat sangat aktif pada tahun 2017. Pada tahun 2018 mereka banyak membuat pinjaman kepada Malaysia Debt Ventures Berhad.

 

Semakan terhadap penama Redtech Offshore Sdn Bhd ia dinamakan atas Naseem Ahmad Israr Ahmad dan Zakri Alwi dan Datuk Md Nizam Mohd Sherif@Md Sharif jika dilihat rekod SSM.

Naseem Ahmad dalam kumpulan rangkaian syarikat seperti Aa Mewah Resources Sdn Bhd, Armada TPCE Sdn Bhd dan Bumiflow Sdn Bhd. Zakri Alwi bekas pelatih Petronas (rapat Pioneer Pengasus) dan akhir sekali pemegang saham Redtech Datuk Md Nizam bin Md Sherif@Md Sharif adalah suatu ketika insan kontroversi pembinaan istana negara melalui syarikat Maya Maju Sdn Bhd 

Nilai aset mereka sekitar RM1.3 juta namun pendapatan tahunan mereka sekitar RM38 juta menunjukkan syarikat mereka mendapat projek di Petronas selain subcon di syarikat  yang mendapat projek Petronas. Jadi tidak hairan kalau syarikat ini dikaitkan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS.

Pioneer Pegasus tidak mungkin mendapat projek besar RM600 juta dari Petronas tanpa bantuan Redtech Offshore Sdn Bhd dan anak menantu  Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin itu. Namun Redtech Offshore Sdn Bhd bijak mereka dapat komisen mereka pun cabut meninggalkan Syarikat Pioneer Pegasus Sdn Bhd yang terkapai-kapai menyiapkan projek itu. 

 

 by- Arman Ahmad

 

 

 

 

 

 

 

 

27 Comments