Dokumen SPRM bocor, Raja Petra berbohong? Lihat fakta kes buktikan Lim Guan Eng dan Exco ambil rasuah
12:03 Mar 03, 2019  |  By SabahKini2
Dokumen SPRM bocor, Raja Petra berbohong? Lihat fakta kes buktikan Lim Guan Eng dan Exco ambil rasuah

Skandal terowong Pulau Pinang bukan sahaja penuh rasuah namun hingga kini tidak dapat disiapkan. Kes ini kini diklasifikasi NFA (NO FURTHER ACTION). Laporan media dan dokumen didedahkan RPK jelas kes rasuah ini wujud.

Benarkah Raja Petra Kamaruddin pemilik blog Malaysia-today.net ‘berbohong’ dengan pendedahan dokumen siasatan SPRM dalam blognya?. Lim Guan Eng kata Raja Petra berbohong dan mengarut.

Sama ada anda bersetuju atau tidak pendedahan beliau boleh dibaca SIRI 1 hingga SIRI 7 sekarang.

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang]

Portal Sabahkini2 pernah melaporkan kes skandal terowong Lim Guan Eng dan Exco-exco DAP Pulau Pinang ketika itu. Kronologi artikel-artikel itu boleh dibaca di sini. Sama ada Raja Petra berbohong atau tidak boleh dinilai kemudian kerana terdapat peristiwa dan fakta-fakta kes disebut dalam dokumen itu bukan lagi rahsia umum.

Laporan Ketua Pesuruhjaya SPRM terhadap polis mengenai kebocoran dokumen itu di luar yang menyebabkan Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP mengelupur kepanasan. Turut dilaporkan beberapa pemimpin BN seperti Dato' Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan rapat dengan Lim Guan Eng.

Laporan SPRM itu menunjukkan dokumen itu benar dan bukan palsu.

9 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- VIDEO : Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR dan proksi syarikat Lim Guan Eng DAP ]

Turut diserbu dalam operasi sekitar jam 9 pagi itu adalah Ewin-Zenith Sdn Bhd (Menara Boustead Penang), 555 Capital Sdn Bhd milik Lee Toong Leon (Pengerusi YES PCCC) dan pejabat Konsortium Zenith Penang

http://sabahkini2.com/en/news/325/terowong-dasar-laut-sprm-serbu-komtar-dan-proksi-syarikat-lim-guan-eng-dap/view

 

Terowong dasar laut: SPRM serbu KOMTAR dan proksi syarikat Lim Guan Eng DAP

 

10 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Lim Guan Eng dapat 23 hari proksi projek terowong SPRM reman 6 hari ]

Selepas serbuan dan tangkapan skandal Terowong, Kes Banglo Murah Lim Guan Eng dapat tarikh dibicarakan. SPRM mengesahkan tangkapan dan reman mereka yang terlibat dengan Skandal Terowong itu.

Pengarah eksekutif yarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan Datuk Ewe Swee Kheng  timbalan pengerusi syarikat Ewein Berhad direman projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

http://sabahkini2.com/en/news/329/lim-guan-eng-dapat-23-hari-proksi-projek-terowong-sprm-reman-6-hari/view

 

 

11 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Lim Guan Eng mengaku kenal rapat Dato' Gnanaraja yang dibayar RM19juta? ]

Berhubung dakwaan rasuah itu Lim Guan Eng bertegas tidak tahu tentang bayaran RM19 juta yang dibuat Zenith kepada Gnanaraja itu.

“Kami tak tahu tentang ini. Kami meminta Zenith untuk jelaskan. Kami akan tunggu penjelasannya,” kata Lim Guan Eng merujuk kepada Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd .

http://sabahkini2.com/en/news/571/lim-guan-eng-mengaku-kenal-rapat-dato-gnanaraja-yang-dibayar-rm19juta/view


12 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Skandal Terowong: Lim Guan Eng bohong mengenai bayaran dan makin hampir dipanggil SPRM]

Lim Guan Eng dalam sidang menjawab isu tangkapan dalam skandala terowog berkata tiada satu sen telah dibayar mahupun dalam cash (tunai) ataupun dalam apa-apa bentuk kepada kontraktor Terowong P.Pinang.  Lim Guan Eng menyimpulkannya sebagai 'tiada songlap'. 

Kenyataan Lim Guan Eng berhubung tiada pembayaran itu menambahkan polemik baru dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut itu kerana sebelum ini EXCO P.Pinang Lim Hock Seng telah menjawap dalam DUN bahawa RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan.

http://sabahkini2.com/en/news/335/skandal-terowong-lim-guan-eng-bohong-mengenai-bayaran-dan-makin-hampir-dipanggil-sprm/view

 

 

 22 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM Sahkan rasuah Terowong tapi Lim Guan Eng datang menyibuk di Tawau]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu mengesahkan menemui bukti baru terdapatnya habuan rasuah dari pemberian kelulusan projek Terowong Dasar Laut itu.

 “Ada ahli politik yang me­nerima ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui ‘jalinan kerjasama’ itu. Setakat ini, kami sedang mengesan bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran itu dilaksanakan.

“Namun kami percaya, itu berkemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu,” 

DIlaporkan ketika itu lebih 76 saksi sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan. 42 lokasi telah diserbu SPRM termasuk syarikat perunding dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

http://sabahkini2.com/en/news/366/sprm-sahkan-rasuah-terowong-tapi-lim-guan-eng-datang-menyibuk-di-tawau/view

 

 22 JANUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Siapa 2-3 individu yang SPRM maksudkan akan ditangkap? Lim Guan Eng dan Lim Hock Seng? ]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dalam media akan menangkap dua atau tiga individu lagi dalam masa terdekat berhubung kes penyelewengan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes itu dan beberapa individu lain juga akan dipanggil memberikan keterangan.

http://sabahkini2.com/en/news/368/siapa-2-3-individu-yang-sprm-maksudkan-akan-ditangkap-lim-guan-eng-dan-lim-hock-seng-/view

 

Siapa 2-3 individu yang SPRM maksudkan akan ditangkap? Lim Guan Eng dan Lim Hock Seng?

 

Dan jika Lim Guan Eng serta pembaca merujuk kepada dokumen yang didedahkan oleh Raja Petra tidak mungkin fakta itu berbohong. Ia selari dengan laporan media ketika itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-Orang Yang Terlibat Dengan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ]

Boleh dibaca terus dalam blog Malaysia-today.net

 

 

28 FEBRUARI 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Zenith sahkan bayar rasuah kepada jutawan penipu Dato’ Gnanaraja RM19 juta ]

Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan saman kepada pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan ahli perniagaan N Gnanaraja masing-masing bernilai RM3 juta dan RM19 juta. Sekaligus ia mengesahkan bahawa Zenith selama ini memang membayar rasuah kepada sesiapa sahaja berhubung projek terowong mereka.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, yang menerima surat tuntutan daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang, menafikan beliau menerima RM3 juta daripada  Zenith.

http://sabahkini2.com/en/news/522/zenith-sahkan-bayar-rasuah-kepada-jutawan-penipu-dato-gnanaraja-rm19-juta/view

Zenith sahkan bayar rasuah kepada jutawan penipu Dato’ Gnanaraja RM19 juta

 

2 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Gnanaraja penipu direman harta disita Lim Guan Eng berang ]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta serta menyita beberapa buah kenderaan mewah milik "conman" Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram pemilik Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation).

http://sabahkini2.com/en/news/528/gnanaraja-penipu-direman-harta-disita-lim-guan-eng-berang-/view

Gnanaraja penipu direman harta disita Lim Guan Eng berang

 

3 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- RM3 juta Jabarullah Kadersah menambahkan risau Lim Guan Eng ]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ahli perniagaan Datuk Abdul Jabarullah Kadersah Pengarah Urusan Pembinaan Global Strategies Sdn Bhd dipercayai menerima wang sejumlah RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

http://sabahkini2.com/en/news/539/rm3-juta-jabarullah-kadersah-menambahkan-risau-lim-guan-eng/view

 

RM3 juta Jabarullah Kadersah menambahkan risau Lim Guan Eng

 

9 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Lim Guan Eng arah Zenith bayar RM19 juta kepada Gnanarajah terdedah ]

Lim Guan Eng yang sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tentang wang 19 juta ringgit yang di bayar Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd kepada Dato' Gnanaraja supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan berhubung projek terowong dasar laut dan lebuh raya Pulau Pinang akhirnya mendapat malu apabila gambarnya bersama Dato' Gnanaraja itu tular dalam media sosial.

http://sabahkini2.com/en/news/566/bukti-lim-guan-eng-arah-zenith-bayar-rm19-juta-kepada-gnanarajah-terdedah/view

18 MAC 2018

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng ]

Selepas tular gambar Lim Guan Eng bersama Dato’ sri Gnanaraja di kediamannya kini sekeping lagi gambar ‘intim’ lebih mesra Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersama Dato’ Sri Gnanaraja yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima suapan sebanyak RM19 juta daripada Zenith Konsortium untuk menutup kes pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang pula ditularkan.

Gambar Lim Guan Eng dan Gnanaraja kali ini mengesahkan hubungan akrab mereka berdua yang kelihatan tersenyum dan bergelak ketawa di dalam kenderaan milik Datuk Zarul Zenit pemilik syarikat kontraktor pembinaan projek terowong tersebut.

http://sabahkini2.com/en/news/608/terbukti-gnanaraja-terima-rm19-juta-rasuah-terowong-teman-akrab-lim-guan-eng/view

Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng

 

 Sekali lagi laporan dalam media  nampaknya selari dengan apa yang dokumen didedahkan oleh Raja Petra Raja Kamaruddin.

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ]

 

Siasatan itu telah pun diselesaikan oleh SPRM pada April 2018, tetapi sebelum sempat mengambil sebarang tindakan kerajaan telah pun bertukar kes ini sekarang diklasifikasikan sebagai NFA (NO FURTHER ACTION)

23 OGOS 2018

Hanya sekali nama Zenith kembali di media bersama Dato' Sri Gnanaraja penipu iaitu dalam bulan Ogos apabila Zenith dan Gnanaraja kembali bersama Lim Guan Eng dan Toni Pua. Malah Dato' Sri Gnanaraja turut terlibat dalam delegasi bersama Kerajaan PH  ke China tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF ]

http://sabahkini2.com/en/news/1141/zenith-group-bakal-monopoli-projek-lim-guan-eng-dan-tony-pua-di-mof/view

 

 

Malah ahli lembaga pengarah Consortium Zenith melalui Datuk Ewe Swee Kheng dalam syarikat Ewein Berhad dilaporkan antara penaja kos penyiaran Piala Dunia 2018 di RTM bernilai RM30 juta pada 3 Jun tahun lalu.

Datuk Ewe Swee Kheng (Ewein) dan Lee Tong Leon (555 Capital Sdn Bhd)
Dari baju lokap SPRM  kini Pemegang Saham syarikat Consortium Zenith menaja siaran Piala Dunia 2018 di RTM.
Apakah tujuannya? Apa Balasannya? tidak didakwa dapat projek lain?

Yang pasti skandal terowong kini tiada tangkapan lagi dan tiada pendakwaan hingga kini sehinggalah dokumen bocor SPRM itu kembali tular. Apakah Ketua SPRM Dato' Sri Shukri Abdull ni berani melakukan siasatan dan menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara? Jawapannya pasti kita sudah tahu..

Sabahkini2.com

 

16 Comments