Petronas bayar dividen RM84b kepada kerajaan pusat tapi Sabah Sarawak janji 'dicapati'
17:03 Mar 08, 2019  |  By SabahKini2
Petronas bayar dividen RM84b kepada kerajaan pusat tapi Sabah Sarawak janji 'dicapati'

Petronas berbangga umumkan keuntungan, bayar dividen kepada kerajaan. Namun Sabah dan Sarawak masih terus melopong.

KUALA LUMPUR: PETRONAS hari ini dengan penuh bangga mengumumkan mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan keuntungan bersihnya meningkat 22 peratus kepada RM55.3 bilion, berbanding RM45.5 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan diraih kumpulan pula meningkat 12 peratus kepada RM251 bilion berbanding RM223.6 bilion pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata prestasi kukuh itu disumbangkan oleh peningkatan kecekapan operasi serta kecemerlangan komersialnya.

"Kami berjaya mencatatkan kemajuan dalam strategi jangka panjang dan terus melabur untuk masa depan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan PETRONAS bagi 2018, di sini.

Wan Zulkiflee juga mengumumkan dengan prestasi kukuh yang dicapai oleh PETRONAS membolehkan syarikat minyak dan gas negara itu membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan termasuk dividen khas RM30 pada 2019.

"Pengagihan dividen berkenaan akan dilakukan secara berperingkat tahun ini," katanya.

Selain itu, katanya setakat 31 Disember 2018, PETRONAS mencatatkan baki tunai berjumlah RM181 bilion, meningkat 33 peratus berbanding RM136.5 bilion pada 31 Disember  2017.

Bayaran dividen khas daripada keuntungan Petronas itu akan digunakan sepenuhnya bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik cukai yang dianggarkan RM37 bilion, merangkumi cukai pendapatan sebanyak RM18 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan berjumlah RM19 bilion.

Royalti Minyak Kelantan

Sementara itu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, royalti minyak akan dibayar kepada kerajaan Kelantan april ini.

“Kita sudah menunaikan janji bahawa royalti minyak ini akan dibayar terus kepada kerajaan negeri.

“Kita juga sudah membayar sepenuhnya royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

“Hasil perbincangan saya dengan Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) hari ini, kerajaan negeri memulakan prosiding untuk menarik balik saman berkenaan dan proses kini sudah bermula yang dijangka selesai April ini,” katanya.

 

Sarawak bertegas Sabah berdiam- terus gigit jari

Sementara itu Sabah dan Sarawak masih bergelut mendapatkan janji kerajaan persekutuan mahu membayar 20 peratus royalti minyak malahan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga masih gagal diperolehi.

Dengan pengumuman keuntungan Petronas hari ini maka adalah wajar Sabah dan Sarawak mendapat tuntutan mereka daripada kerajaan pusat.

Bagi Sarawak, Abang Johari bertegas dengan cukai jualan 5 peratus yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Dengar cara Ketua Menteri Sarawak pertahan MA63 dan cukai petroleum dari Guan Eng]

Cukai jualan itu adalah hak negeri Sarawak dan ia dilaksanakan di bawah Perlermbagaan Persekutuan, Perkara 95C dan Jadual Kesepuluh.

“Sarawak juga berpandangan bahawa ianya hendaklah mengambil kira cukai petroleum (PITA) yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

Menurut Abang Johari Sarawak sebenarnya boleh menggenakan peratus cukai yang lebih tinggi, misalnya 10 peratus tetapi kerajaan negeri Sarawak turut mempertimbangkan suasana ekonomi semasa.

“Saya telah jawab Lim Guan Eng, bahawa hak menggenakan cukai dibenarkan di bawah perlembagaan tetapi jika ia tidak kompetitif maka kerajaan persekutuan boleh membuat perubahan ke atas struktur cukainya kerana pada masa ini kerajaan persekutuan turut menggenakan cukai pendapatan petroleum sebanyak 38 peratus,”

“Kerajaan persekutuan boleh mengurangkan kadar cukai pendapatan petroleumnya sebanyak lima peratus menjadi 33 peratus sahaja”.

 

6 Comments