Amarjit mengaku lambat serap 1335 pekerja konsesi air sebagai ‘Pekerja Sambilan’
11:03 Mar 16, 2019  |  By SabahKini2
Amarjit mengaku lambat serap 1335 pekerja konsesi air sebagai ‘Pekerja Sambilan’

Dari seorang jurutera bermasalah SPRM menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Amarjit Sigh ternyata gagal mengatasi masalah 1335 pekerja malah masalah air di daerah.

KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah bukan sahaja berhadapan dengan saman 6 syarikat konsesi air hampir RM300 juta juga berhadapan dengan 1,335 pekerja konsesi air yang ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri sejak Januari lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Sabah batal kontrak 6 syarikat konsesi air bernilai RM3.7 bilion ]

Jabatan Air Negeri Sabah yang diketuai oleh Amarjit Singh bekas pelaku rasuah kes air yang ditangkap SPRM sebelum ini jelas gagal mengotakan janji mereka dan kini memberi alasan memerlukan masa untuk berbuat demikian.

“Mereka semua perlu diproses, yang akan mengambil masa. Kami perlu semak kewangan dalaman dan kemudian ke perbendaharaan,” katanya memberi alasan.

Kini dalam media sosial di kalangan pekerja itu mengadu dan  mendakwa mereka tidak dibayar gaji sejak Januari lalu. Mereka menyalahkan kerajaan Warisan baru yang berjanji memberi pekerjaan tetapi kini sebaliknya menyusahkan rakyat.

Mereka mendakwa tidak diserap ke dalam perkhidmatan awam negeri seperti dijanjikan kerajaan Sabah, sebaliknya hanya diambil bekerja separuh masa dengan bayaran secara harian.

"...apa yang dijanjikan untuk penyerapanan ke Jabatan Air Negeri Sabah bukanlah hanya Pekerja Sambilan Harian (PSH) apa yang kami dapat tidak memadai apa yang dijanjikan". kata Mohd Azrie dalam facebooknya mengadu agar Ketua Menteri Sabah, Peter Anthony dan Marjit Sigh membela mereka.

Walaubagaimanapun sumber perbendaharan negeri berkata mereka akan dibayar gaji walapun lambat. Namun tidak dipastikan jika 3 bulan itu benar.

“Mereka akan terima gaji mereka bersama tunggakan, paling tidak 3 bulan selepas bekerja,”

Seorang pekerja konsesi Khairul Shak memohon dan merayu agar masalah gaji mereka diselesaikan.

“Mohon jasa baik pihak berkuasa, tolong ambil berat dengan keadaan kami sekarang ini. Orang yang berkeluarga pun teruk keadaan macam ni.Berapa lama kami mahu tunggu gaji kami, makan minum belanja rumah apa semua kami tidak dapat beli disebabkan gaji kami belum diterima. Berapa lama kami mahu tunggu…” katanya.

Rakyat dah kebulur kerana Sabah Ubah, Pengarah Jabatan Air gaji puluhan ribu tetapi rakyat lebih derita.

Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktu Negeri yang ghairah menamatkan konsesi sepatutnya menyelesaikan segera masalah ini sebelum 1,335 pekerja lebih sengsara.

[ARTIKEL LAIN - Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B! ]

 

 

4 Comments