Nyawa penumpang MRT dan LRT dalam bahaya! Skandal Rasuah Ketua Pengarah JSM MOSTI didedahkan
02:11 Nov 26, 2017  |  By SabahKini2
Nyawa penumpang MRT dan LRT dalam bahaya! Skandal Rasuah Ketua Pengarah JSM MOSTI didedahkan

Bagaimana KP JSM meluluskan Sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia Kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd No: SAMM 836, syarikat yang tidak mempunyai "Machinery or testing Lab to qualify for (ISO17025:25) INTERNATIONAL STANDARD".

LAPORAN KHAS SABAHKINI2:

Bayangkan baru saja pada 27 Oktober lalu Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) melancarkan piawaian Malaysian Standard (MS) MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) sebagai panduan kepada organisasi menambah baik pengurusan sistem antirasuah hari ini sudah terdapat Aduan rasuah terhadap Datuk Fadilah Baharin Ketua Pengarah Standard Malaysia.

Pastinya ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah Standard Malaysia apatah lagi MS ISO 37001:2016 ABMS yang dijalankan sejak Mac 2017 adalah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Shamshun Baharin TKP SPRM sebagai pengerusi dalam jawatankuasa teknikal MS ISO 37001:2016 sangat berharap standard ini memenuhi kehendak dan keperluan organisasi di negara ini.

Namun apa sudah jadi jika agensi yang menyediakan piawaian Malaysian Standard (MS) MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dikaitkan dengan tuduhan rasuah apabila meluluskan Sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia Kepada I-Lab Testing & Research Centre kepada Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd No: SAMM 836 sebuah syarikat yang tidak mempunyai "Machinery or testing Lab to qualify for (ISO17025:25) INTERNATIONAL STANDARD".

Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd

Menurut surat aduan yang diberikan kepada Editor Sabahkini2, kilang atau Testing Lab dalam sijil tersebut tidak wujud. Ini kerana pelaburan berjuta ringgit harus di laburkan bagi membeli testing machine tersebut. Malah dikatakan MALAYSIAN RUBBER BOARD (MRB) tidak mempunyai mesin testing yang canggih. Jadi tidak mungkin Syarikat Hercules Engineering memilikinya memandangkan kilangnya disamakan seperti "Reban Ayam".

Sumber dalaman menyatakan apa yang menjadi kebimbangan ialah produk yang dibekalkan boleh menjejaskan keselamatan rakyat apabila melibatkan pembinaan infrastruktur negara seperti MRT dan LRT. Hercules Engineering Sdn Bhd terlibat dalam MRT 1, MRT2, MRT3, LRT 1, LRT2 dan LRT3. Ini melibatkan nyawa manusia SPRM wajar menyiasat perkara ini.

Sebelum ini kecoh dengan Encik Param Sivalingam berjawatan Project Director MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd – SSP Line, Elevated MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd yang punya hubungan perniagaan dengan Syarikat  Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd bagi projek membekal bahan getah'mechanical port bearing' sehingga membelakangkan semua nasihat konsultan. Kini Jabatan Standard Malaysia di bawah MOSTI pula punya hubungan dengan Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd

Angkara rasuah oleh Muhammad Faizal Abdullah dan Dato Thomas Chong kepada Dato’ Fadilah Baharin Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia telah meluluskan Sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia Kepada I-Lab Testing & Research Centre kepada Hercules Engineering (SEA). Bagaimana syarikat tidak layak boleh mendapat kelulusan?

 

Testing Machine milik Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd berbanding Mesin berkualiti ISO 17025:2005 yang dimiliki China dan Standard Eropah sangat jauh berbeza. jadi bagaimana Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia meluluskan MSO (ISO 17025:25)?

 

 

 

Berikut dilampirkan surat aduan salahlaku rasuah Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia.


Tarikh: 22 November 2017
Ruj: salahlaku/KP/Mosti


Tan Sri Dzulkifli Ahmad
Ibu Pejabat SPRM,
No.2 Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.


SALAHLAKU KETUA PENGARAH MELULUSKAN SIJIL SKIM AKREDITASI MAKMAL MALAYSIA KEPADA I-LAB TESTING & RESEARCH CENTRE HERCULES ENGINEERING (SEA) SDN BHDNO: SAMM 836 DENGAN MENERIMA RASUAH BERBENTUK WANG RINGGIT


Datuk Fadilah Baharin
Ketua Pengarah
Jabatan Standard Malaysia (JSM)
Tel - 03 8318 7788
Fax - 03 8318 2244
Email - [email protected]
Department of Standards Malaysia - MOSTI
Address - century square, Level 1 & 2, Block 2300, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
NO - 03 8318 0002

Merujuk kepada perkara di atas pihak kami ingin melaporkan kepada Pihak SPRM bahawa berlakunya unsur rasuah berbentuk kewangan diantara syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd dan Ketua Pengarah Datuk Fadilah Bahrain.

Pemberian wang atau imbuhan ini dibuat oleh syarikat tersebut diwakili oleh Muhammad Faizal Abdullah dan Dato Thomas Chong. Penerima rasuah ini adalah Dato Fadilah Baharin Ketua Pengarah Department Of standard Mosti.

Kelulusan ini diberi oleh Dato Fadilah untuk meluluskan sijil SAMM 836 (FIELD OF TESTING: MECHANICAL). Untuk makluman pihak SPRM syarikat ini tidak mempunyai "Machinery or testing Lab to qualify for (ISO17025:25) INTERNATIONAL STANDARD". Kilang atau Testing Lab yang sedia maklum dalam sijil tersebut tidak wujud. Ini kerana pelaburan berjuta ringgit harus di laburkan bagi membeli testing machine tersebut. Untuk makluman pihak SPRM,  MALAYSIAN RUBBER BOARD (MRB) tidak mempunya mesin testing secanggih ini, apakan lagi syarikat Hercules Engineering dimana kilang mereka adalah seperti "Reban Ayam".

Kami khuatir bagaimana pihak SAMM boleh meluluskan pensijilan syarikat ini. Jikalau pihak SAMM atau SPRM atau sesiapa pergi membuat lawatan tapak ke kilang syarikat ini, adalah mustahil mereka mempunya "testing machinery lab ini". Sekali lagi ingin saya memeberi gambaran kilang syarikat ini adalah seperti "reban ayam".

Pihak kami memohon pihak SPRM untuk membuat lawatan tapak bersama pihak MOSTI (SAMM) untuk memastikan pihak SAMM boleh meluluskan sijil ini tanpa sebarang "proper testing machinery lab". Kami pasti ada unsur rasuah diantara syarikat ini dan Dato Fadilah.

Butakah Dato Fadilah dan jabatan mereka untuk meluluskan sesebuah sijil yang begitu tinggi darjah dan penting dalam industry pembuatan memastikan "equipment dan machinery" ada di kilang pembuat. Pihak jabatan SAMM telah begitu lama mengambil rasuah dari syarikat-syarikat yang terdahulu walaupun mereka tidak memenuhi syarat.

Pihak SPRM dan Kementerian harus mengambil langkah serius kerana:

  1. Pihak syarikat hercules mendapatlan sijil SAMM secara rasuah
  2. Syarikat ini sama sekali tidak mempunya testing lab atau qualified machinery untuk (ISO 17025:2005) INTERNATIONAL CERTIFICATION
  3. Mereka sanggup menggadaikan keselamatan awam dan rakyat malaysia kerana meluluskan produk yang tidak mempunyai testing lab yang sebenar atau sahih
  4. Syarikat ini cuba membekalkan produk yang tidak diuji kaji secara betul dan mengikut piawaian. Syarikat ini secara langsung ingin menipu pembeli dan membuat pembekalan dibawah standard dan spesifikasi.
  5. Malaysia ada ahli jawatankuasa kepada international standard (ISO) CERTIFICATION. Ini akan menjejaskan nama baik negara kerana Ketua Pengarah Dato Fadilah mengambil rasuah. Negara kita akan malu.
  6. Pihak SPRM juga harus memastikan produk dan salahlaku ini tidak menjejaskan imej dan kredibiliti negara dalam membina infrastruktur negara seperti MRT dan LRT.

Pihak SPRM dan Menteri Mosti harus membekukan sijil syarikat  Hercules Engineering dan juga menggantung tugas Dato Fadilah kerana produk ini adalah tidak selamat diguna pakai di:

1. MRT 1
2. MRT 2
3. MRT 3
4. LRT 1
5. LRT 2
6. LRT 3

Pihak SPRM dan Pejabat Menteri Mosti harus memaklum kan kepada pihak berkuasa SPAD akan perkara ini.

Disini ingin kami memohon untuk pihak SPRM mengambil tidakan tegas terhadap mereka yang menerima rasuah kerana rasuah adalah seperti anai-anai dan musuh negara no 1.

Yang benar

Abdul Rahim Bin Majid

S.k


MRT CORP CEO - Dato' Sri Shahril Mokhtar
Mass Rapid Transit Corporation
Headquaters
Tingkat 5, Menara I&P 1,
46 Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

Mr Param
MMC GAMUDA JOINT VENTURE SDN BHD
Block A, Level 7, Menara Mustapha Kamal,b
PJ Trade Centre, No.8, Jalan PJU 8/8A
Bandar Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya.


MRCB Gerogekent Sdn Bhd

Dato' Sri Azmi Abdul Aziz
Chief Executive Officer
Prasarana Malaysia Berhad
B-20-1, Level 20,  Menara UOA Bangsar
No 5, Jalan Bangsar Utama 159000 Kuala Lumpur.

ENCIK MOHD AZHARUDDIN BIN MAT SAH
Chief Executive Officer
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Ketua Setiausaha Negara,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62502 PUTRAJAYA.

YBHG. TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR BIN ABDULLAH
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
Kementerian Kewangan,
Aras 10, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

DATO SUTINAH SUTAN
Ahli Lembaga Pengarah MRT
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (902884V) 
(MRT Corp)
Tingkat 5, Menara I & P 1,
No. 46, Jalan Dungun, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur, Malaysia

Artikel lain:

Rakyat dalam bahaya! Hanya 2 bulan: Kilang 'Reban Ayam' dapat sijil MS ISO 17025:2005 EN15129
http://sabahkini2.com/en/news/204/rakyat-dalam-bahaya-hanya-2-bulan-kilang-reban-ayam-dapat-sijil-ms-iso-170252005-en15129/view

Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129. Kenapa KP JSM bersekongkol bahayakan nyawa?
http://sabahkini2.com/en/news/343/hercules-engineering-sea-tiada-testing-machine-tapi-dapat-sijil-ms-iso2005en15129-kenapa-kp-jsm-bersekongkol-bahayakan-nyawa/view

 

19 Comments