Rasuah RM19 juta tetapi hanya dituduh menipu Zarul Consortium Zenith
08:04 Apr 03, 2019  |  By SabahKini2
Rasuah RM19 juta tetapi hanya dituduh menipu Zarul Consortium Zenith

Peguam Negara memilih pertuduhan Gnanaraja sebagai menipu walaupun kesalahan rasuah wujud didepan mata. Tapi itulah hak PeguamNegara mendakwa

Ahli perniagaan, G Gnanaraja, didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan memperdayakan pegawai kanan sebuah syarikat yang dilantik menjadi kontraktor utama bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Gnanaraja dituduh memperdaya Pengarah Urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, sebanyak tiga kali pada 2017 untuk mempercayai bahawa dia mempunyai hubungan politik yang mampu membantu menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Zarul.

Tuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rozilah Salleh.

Gnanaraja yang bersut hitam dan berkemeja biru muda mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Umar Saifuddin Jaafar dan Allan Suman Pilai manakala Gnanaraja diwakili Geethan Ram Vincent.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin. Dia juga diarah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah esok, selain dikehendaki hadir ke pejabat SPRM jika diperlukan.

Hakim menetapkan 6 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes dan tarikh penyerahan dokumen. 

Kumpul dana untuk serah

Untuk rekod Zarul disiasat SPRM mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. 

Dokumen siasatannya baru-baru ini didedahkan di media sosial tentang penglibatan rasuah Lim Guan Eng, Exco Pulau Pinang dan beberapa pemimpin tertentu.

Walaupun dengan segala bukti bahawa berlakunya kes rasuah bagaimanapun G Gnanaraja hanya dituduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bukannya menerima rasuah atau pun Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dato’ Sri Gnanaraja didakwa terima rasuah RM19 juta projek terowong dasar laut ]

 Dato’ Sri Gnanaraja  didakwa terima rasuah RM19 juta  projek terowong dasar laut

Dalam tuduhan pertama, Gnanaraja didakwa memperdayakan Zarul supaya menyerahkan RM2 juta kepadanya di Hotel Eastin, Selangor sekitar Julai 2017, manakala untuk tuduhan kedua, dia dituduh memperdayakan Zarul agar menyerahkan RM15 juta secara rentas akaun di bank CIMB cawangan KLCC pada bulan yang sama.

Untuk tuduhan ketiga pula, Gnanaraja dituduh melakukan kesalahan sama dengan memperdayakan Zarul supaya menyerahkan tambahan RM2 juta kepadanya di Hotel Eastin, Selangor, sekitar Ogos 2017.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, serta boleh dikenakan denda.

Bercakap kepada pemberita selepas sebutan kes, Umar Saifuddin berkata Zarul percaya dengan janji yang diberikan tertuduh dan mengumpul duit untuk diserahkan kepada ahli perniagaan terbabit sebagai rasuah.

“Gnanaraja mendakwa dia ada hubungan dengan orang yang berkuasa untuk menutup kes dari SPRM.

“Gnanaraja menggunakan (dakwaan mempunyai) hubungan politiklah,” katanya.

Kertas pertuduhan dberi kepada media pun nama Zarul ditutup

 

 

1 Comment