Setiausaha politik Salahuddin terima jam Omega RM28 ribu dibebas awal
21:04 Apr 04, 2019  |  By SabahKini2
Setiausaha politik Salahuddin terima jam Omega RM28 ribu dibebas awal

Terdapat desas-desus arahan dari pihak atasan agar membebaskannya

Setiausaha politik Salahuddin terima jam Omega RM28 ribu dibebas awal

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membebaskan Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Sabki bin Yusof sehari lebih awal daripada reman 4 hari bagi siasatan dakwaan penerimaan suapan berbentuk jam tangan jenama Omega yang dianggarkan bernilai RM28,000.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari ]

Perintah tamat reman terhadap Ahmad Sabki bin Yusof, 47 itu dikeluarkan Majistret, Noraisyah Mohd Yusof.

Ahmad Sabki Yusof ditahan kira-kira 5 petang Isnin lalu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, ketika hadir memberi keterangan dan tempoh remannya bermula Selasa lalu sepatutnya berakhir esok.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Ahmad Sabki Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]

Sumber SPRM berkata, ia adalah proses biasa untuk suspek dibebaskan sebelum tamat tempoh reman, apabila siasatan selesai awal.

Bagaimanapun terdapat desas-desus arahan dari pihak atasan agar membebaskannya.

Noraisyah turut menetapkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.

Siasatan awal mendapati Ahmad Sabki bin Yusof menerima jam tangan mewah sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementeriannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ahmad Sabki bin Yusof dikatakan menggunakan Akta Kontrak 1949 Menteri untuk melantik syarikat yang berurusan dengan Menteri. 

Sebagaimana Azhar Setiausaha Politik Menteri Pertahanan bebas rasanya begitu juga Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Comment