(VIDEO) Kecoh Pemilihan Warisan Tuaran kerana 'tangan ghaib', di Kinabatangan AJK lapor polis
22:04 Apr 07, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kecoh Pemilihan Warisan Tuaran kerana 'tangan ghaib', di Kinabatangan AJK lapor polis

Kecoh berebut jawatan sesama dalam Warisan buat julung kali pemilihan Warisan. Gaduh, kerusi terbang dan lapor polis.

 

 

PEMILIHAN WARISAN | Semalam tular video kekecohan dalam pemilihan Warisan Tuaran apabila ada perwakilan yang bergaduh dan berlaku insiden membaling kerusi dalam dewan.

Setakat ini tidak jelas apa sebenarnya punca yang telah mencetuskan kekecohan itu.

Pemilihan Perwakilan Tuaran sejak awal lagi panas apabila dalam satu pendedahan di facebook oleh Javelly Flora menulis terdapat tangan ghaib daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Jo-Anna Henley Rampas menghalang pihak-pihak tertentu bertanding dalam pemilihan Warisan Tuaran.

“Saya menyeru, siapa-siapa yang gunakan nama Ketua Menteri untuk mahu berkuasa, jangan kamu undi. Ahli-ahli PWS Tuaran, tolak pemimpin yang hanya pandai bermuka apabila mahu jawatan, sudah berjawatan, kamu akan dibuat macam tahi

“Saya mahu semua pandang Kiulu. Apa pejuang Kiulu dapat dari calon Ketua Wirawati itu? Cuma tahi kerbau pekan Kiulu.” katanya

Kisah kesombongan dan skandal Jo-Anna Henley Rampas bukan baru.Sebelum ini pun telah banyak perkara didedahkan oleh Sabahkini2 siapa sebenarnya Jo-Ann ‘kaki skandal’ ini.

“Kini orang Kiulu pun sudah muak dengan perangainya di Kiulu, kaki ‘pau projek 10 peratus dan macam-macam lagi”. kata sumber itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Baca mengenai Jo-Anna pemilik resort, banglo Kiulu dan restoran dilantik Setiausaha Politik Shafie ]

Di Batu Sapi, Pengiran Roslan Pengiran Nasrun Setiausaha Politik Ketua Menteri berjaya menumbangkan Menteri JPM Datuk VK Liew, di Semporna Jakariya Jalil juga Setiausaha Politik namun tewas manakala di Tuaran tangan Jo-Anna Henley Rampas ligat mengatur bahagian itu. 

Selain itu turut panas dan ditularkan rakaman video beberapa AJK Warisan Kinabatangan membuat laporan polis bahawa Persidangan Kinabatangan tidak sah kerana AJK lama belum dibubarkan dan terdapat ahli Warisan yang tidak layak mengundi sebagai perwakilan.

 

 

 

 

6 Comments