Jo-Anna pemilik resort, banglo Kiulu dan restoran dilantik Setiausaha Politik Shafie
10:10 Oct 12, 2018  |  By SabahKini2
Jo-Anna pemilik resort, banglo Kiulu dan restoran dilantik Setiausaha Politik Shafie

Skandal dan kontroversi sebelum PRU14 tidak pernah menggugat bekas Ratu Cantik ini dimata Shafie Apdal. Beliau tetap dilantik Setiausaha Politik Menteri Kewangan. Jo Anna masuk politik terus kaya kini makin kaya...

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah melantik 19 setiausaha politik baru termasuk bekas ratu cantik Sabah ‘penuh skandal’  Joanna Sue Henley Rampas 10 Oktober lalu.

Shafie memberi amaran kepada semua Setiausaha politik yang dilantik agar mengelakkan rasuah serta memikirkan tentang projek dan wang berbanding keperluan rakyat. Rasuah akan menjejaskan imej menteri dan juga kerajaan. Setiausaha Politik adalah jambatan kepada rakyat berjumpa Menteri.

"Apabila landasan jambatan ini dapat kita kukuhkan bukan kerana jawatan semata-mata, sudah tentu rakyat lebih yakin dengan  perkhidmatan kita

"Imej yang dibawa setiausaha politik adalah gambaran kepada menteri. Sehubungan itu, pastikan tanggungjawab ini dipikul dengan baik agar tidak mencemarkan nama menteri selaku ketua," katanya.

Joanna Sue dilantik sebagai setiausaha politik kepada Shafie di bawah Kementerian Kewangan negeri Sabah sebelum ini dinafikan berkali-kali dalam media pelantikannya.

Pada PRU ke 14 lepas, Joanne bertanding di bawah Parti Warisan di kerusi DUN Kiulu tetapi tewas di tangan calon PBS, Joniston yang mendapat 4336 undi manakala beliau mendapat undi kedua terbanyak dengan 2893 undi.

Portal Sabahkini2 penah mendedahkan perilaku dan skandal Jo Anna sebelum ini. Dulu sebelum menjadi calon dan setiausaha politik beliau telah 'pau' pelbagai pihak malah dapat membina rumah, projek resort Pelancongan di Kiulu. Malah beliu dikaitkan dengan Azis Jamman Ketua Wira ketika itu memberi dana projek itu.

Projek Pelancongan Kiulu Jo-Anna yang dkatakan masih dalam pembinaan. Selepas jadi Setiausaha Politik pasti projek lagi banyak

[ARTIKEL BERKAITAN JOANNA-

Bagaimana Shafie Apdal peralatkan Jo-Anna Naib Ketua Wirawati Warisan yang penuh Skandal!

Hasil Rasuah: Jo-Anna dan Ketua Wira Warisan buka projek pelancongan Kiulu

Ratu Cantik 'Kaki Skandal' Tipu Akademik Jadi Pilihan Warisan di Dun Kiulu 

Kiulu Panas! Rakyat Mahu Wakil Rakyat, Bukan Ratu Cantik 'Kaki Skandal ]

Joanna juga semakin kaya apabila dikaitka dengan Jesselton Butcher Restaurant

 

Kisah putus Cinta dan dendamnya kepada lelaki yang pernah bersama memberi kesan dalam hidupnya. Dendamnya berbaloi kini kerana beliau mempunyai jawatan Setiausaha Politik Menteri Kewangan kepada Shafie Apdal.

Bolehkah Jo Anna menafikan hubungannya dengan Marzuki? Jo Anna boleh lapor jika tidak benar

Terbaru Jo Anna dikaitkan dengan Pembantu Menteri Kewangan YB Saripuddin Hatta (DUN Merotai - Warisan). Malah Joanna kini tidak segan silu menyatakan di kawasannya tentang sumbangan dari pihak tertentu kepadanya mengurus Kiulu. Siapakah itu? Akan datang kita laporkan ekslusif projek Jo Anna di Kiulu selain rumah banglo yang dibinanya. Maklumlah Setiausaha Politik Ketua Menteri. Mesti ada Kelas! Ia bagi menyahut seruan Shafie Apdal agar Setiuasaha Politik jangan bermewah serta imej kepada Menteri. 

Dikaitkan dengan Penyeludup minyak dan kaki judi.

 

4 Comments