Dulu 3.05 juta RELA dihina kini bakal dibubarkan, JKR akan dikorporatkan
00:04 Apr 09, 2019  |  By SabahKini2
Dulu 3.05 juta RELA dihina kini bakal dibubarkan, JKR akan dikorporatkan

Misi DAP berterusan selepas 80 ribu penjawat awam akan dikurangkan kini Jabatan RELA dan jabatan lain bakal dibubar atau gabung dalam pelan rasionalisasi PH. Malah JKR ada cubaan untuk pengkorporatan!

Sebelum ini tular surat edaran bertajuk ‘Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam bertarikh 26 Disember 2018’ yang menyebut Ketua Setiausaha Negara semasa Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil.10 Tahun 2018 pada 27 November 2018 menegaskan komitmen untuk melaksanakan keputusan pengurangan penjawat awam.

JPA akan buang 80 ribu lagi penjawat awam sebagaimana arahan DAP

[ARTIKEL BERKAITAN- JPA akan buang 80 ribu lagi penjawat awam sebagaimana arahan DAP ]

Ia sejajar dengan arahan Perdana Menteri dan saranan pemimpin DAP, Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dalam Proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar berikut peratus dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan Awam untuk 3 tahun dengan pengurangan 80 ribu dibuang.

Keputusan itu belum dikira selepas kemenangan PH Mei 2018 lebih 40 ribu telah dibuang kerja khususnya penjawat awam yang dikaitkan dengan agensi politik.

Bagaimanapun JPA menafikannya sebagai proses pembuangan dan  berkata hanya membabitkan perjawatan yang tidak diisi dan tidak digunakan bagi tempoh melebihi dua tahun.

Namun keadaan itu nampaknya tidak menggambarkan apa yang dinyatakan kerajaan. Kerajaan PH nekad sama ada buang penjawat awam, bubar jabatan, serap, tukar atau pengkorporAtan.

Terbaru tular kertas pengkorporatan agensi Jabatan Keraja Raya Malaysia. Desas-desus pengkorporatan JKR itu akhirnya dibantah melalui memorandum. Jika kerajaan PH meluluskan pengkorporatan JKR ini dijangka ia akan melibatkan lebih 10 ribu staf JKR. JKR pula membuat kenyataan media hanya sebagai cadangan sahaja. Boleh dibaca di sini 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dokumen Perincian Pengkorporatan JKR Tersebar : Ketahui Nasib Kakitangan Yang Menolak Dasar Ini Melalui ‘Slide’ Yang Dikongsikan ]

JKR membuat kenyataan media hanya sebagai cadangan sahaja

 

Yang buat bantahan dan sebar dokumen perincian pengkorporatan JKR diambil tindakan tatatertib.

Tidak cukup itu ialah arahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada KDN agar menutup Jabatan Sukarelewan Malaysia (RELA) atau diserap ke Jabatan Pertahanan Awam. Begitu juga Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang perlu dirasionalisasikan semula. 

Pada Januari tahun 2018 berlaku satu kontroversi apabila Presiden Warisan Dato’ Seri Shafie Apdal ketika berucap di Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran menghina 3.05 juta anggota RELA.

Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Katanya sambil mempertawakan RELA.

Ia mengundang demonstrasi dari RELA dan laporan polis di seluruh negara. Shafie dipanggil polis dan menjawab sebagai usahanya untuk membantu RELA. Meletakkan maruah RELA.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Shafie Apdal hina 3.05 juta anggota RELA hanya layak jaga kenduri sahaja ]

(VIDEO) Shafie Apdal hina 3.05 juta anggota RELA hanya layak jaga kenduri sahaja

 

Namun apa jadi kini kepada RELA? Selepas Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa? bukan sahaja elaun mereka dipotong tetapi RELA berhadapan kepada pembubaran atau diserapkan ke Jabatan lain. Jika dibubar apa nasib 3.05 juta RELA di negara ini? Bukankah lebih ramai RELA adalah orang Melayu?

Ini adalah arahan MOF. Siapa MOF kalau bukan Lim Guan Eng, Tony Pua dan DAP? Mereka jadikan alasan tiada wang atau mengurangkan kos bagi menutup beberapa jabatan. Inilah semangat DAP sejak sekian lama. 

Cara popular Kerajaan PH. Bubar jabatan atau buat jabatan baru dengan staf lebih kecil.
Bagi pegawai kontrak mereka tak akan disambung

9 Comments