Warisan Kinabatangan kecam Datuk Saddi mungkir janji selepas lompat Warisan
09:04 Apr 16, 2019  |  By SabahKini2
 Warisan Kinabatangan kecam Datuk Saddi mungkir janji selepas lompat Warisan

"Makanlah kau jawatan tu Datuk Saddi...Datuk Saddi menghina kami, kami ada maruah..Datuk Saddi penipu

KINABATANGAN- Selepas  panas dan kecoh akaman video beberapa AJK Warisan Kinabatangan membuat laporan polis bahawa Persidangan Kinabatangan tidak sah kerana AJK lama belum dibubarkan dan terdapat ahli Warisan yang tidak layak mengundi sebagai perwakilan kini pula beberapa video bekas pemimpin Warisan Kinabatangan membuat protes kepada Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berhubung pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kecoh Pemilihan Warisan Tuaran kerana 'tangan ghaib', di Kinabatangan AJK lapor polis ]

 

 

Datuk Saddi yang menyertai Warisan pada 10 Disember 2018 berjanji meneruskan apa yang dirancang oleh Bahagian Kinabatangan dipimpin ketuanya Mahmud Tahsan namun menjadi sebaliknya apabila beberapa pejuang lama dalam Warisan di Kinabatangan dipinggirkan. Sebaliknya Datuk Saddi membawa semua bekas-bekas UMNO mengisi jawatan MPPK itu.

Seorang AJK Warisan Kinabatangan dalam facebook Pejuang Awal Pejuang Kemenangan bernama Hamzah memuatkan video meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Datuk Saddi. Adun Sukau itu katanya pengkhianat dan memperlekehkan rakyat.

 

Seorang lagi wanita Warisan Kinabatangan mengamuk dengan Datuk Saddi dengan mengoyakkan baju Warisan.

"Datuk Saddi makanlah semua jawatan itu". katanya tidak berpuas hati Datuk Saddi mungkir janji selepas melompat masuk Warisan.

2 Comments