Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai M63 Akan ditubuhkan – Liew
23:04 Apr 20, 2019  |  By SabahKini2
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai M63 Akan ditubuhkan – Liew

Tiada pilihan Kerajaan PH akur kepada pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen MA63.

SANDAKAN- Selepas gagal membuat pindaan baru-baru ini termasuk tidak menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen kali ini Datuk Liew Vui Keong Menteri JPM bersetuju sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditubuhkan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan PH gagal pinda perlembagaan status Sabah Sarawak]

Jelasnya, jawatankuasa itu akan melibatkan anggota Parlimen terpilih bagi melengkapkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai perkara sama.

Kami (kerajaan Persekutuan) menyedari sebuah jawatankuasa melibatkan anggota Parlimen perlu bagi menjayakan pelaksanaan MA63.

"Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaan MA63," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Iltizam 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 di sini.

Liew melahirkan perasaan gembira terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang meluluskan usul menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada persidangan dewan itu baru-baru ini.

Beliau berharap langkah sama akan dituruti DUN Sarawak pada persidangan akan datang.

"Saya yakin DUN Sarawak akan mengambil langkah seperti DUN Sabah (menyokong pindaan).

Saya juga akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu," katanya.

 

6 Comments