[VIDEO] Pengundi cina Sandakan bising calon DAP 'Kaya' minta wang rakyat dalam kempen
06:05 May 01, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pengundi cina Sandakan bising calon DAP 'Kaya' minta wang rakyat dalam kempen

Kalau dulu bolehlah kutip derma, kini dah ada kerja, banyak wang, jawatan mana sesuai DAP kutip derma minta wang rakyat lagi.

SANDAKAN: Pengundi Sandakan sudah mula bosan dengan cara kempen Calon DAP bagi Pilihan Paya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang hanya menjual nama mendiang bapanya mahu menunaikan janji yang tidak sempat diselesaikan oleh mendiang bapanya Datuk Stephen Wong Tien Fatt kepada rakyat di Parlimen itu.

“Sebagai anak yang mengikut perjuangan politik dan bekerja di bawah bapa saya ketika mendiang sebagai wakil rakyat dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, saya mahu menyelesaikan janji kepada rakyat yang belum ditunaikan oleh bapa saya,” katanya pada ceramah umum di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra

Dalam beberapa video yang tular pengundi cina Sandakan juga mempersoalkan Vivian mengutip wang derma demi kempennya.

“Calon DAP ini cakap pun tak pandai, semua tak pandai, lepas tu minta wang sedangnya bapanya sebelum ini sudah ada jawatan. Dulu bolehlah kutip wang sekarang mana boleh minta wang lagi sama rakyat’. kata antara pengundi yang menyelar tindakan calon DAP itu

Lantaran itu rakyat seperti tidak mahu hadir ceramah Vivian DAP kerana usaha DAP mengutip wang rakyat walaupun sudah ada pendapatan. Bukan itu sahaja calon DAP juga menampakkan dirinya seorang yang tidak berkepimpinan apabila berucap. Jadi bagaimana mungkin rakyat mahu Vivian sebagai wakil di Dewan Rakyat nanti.

Vivian berkata beliau mahu terus mengikut jejak ayahnya untuk berkempen dengan janji mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda walaupun tahu janji-janji sebelum ini mengenai anak muda gagal dilaksana DAP dan Pakatan Harapan.

Firdaus,30 seorang pengundi muda Sandakan berkata ’cukup-cukuplah anak muda dikencingkan PH, jangan pilih PH kita kena ajar mereka supaya mereka sedar kuasa rakyat. Mana janji sejuta pekerjaan anak muda, PTPTN, BRIM dan lain-lain lagi?. katanya

Vivian Wong baru-baru ini turut kontroversi apabila gimik membersihkan kubur orang Islam Kampung Sim-sim tular dalam media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN- Vivian dan DAP mengaku bersih kubur orang Islam bukan amalan tetapi gimik PRK Sandakan]

  Vivian dan DAP mengaku bersih kubur orang Islam bukan amalan tetapi gimik PRK Sandakan

15 Comments