Seperti dijangka akhirnya Bung Moktar didakwa bersama isterinya Zizie Ezette
16:05 May 01, 2019  |  By SabahKini2
Seperti dijangka akhirnya Bung Moktar didakwa bersama isterinya Zizie Ezette

Sudah beberapa kali Bung Muktar dipanggil SPRM. Jadi tidaklah menghairankan jika Bung dituduh dimahkamah pada 3 Mei ini. PRK Sandakan pun sedang berlangsung

PUTRAJAYA - Seperti dijangka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya menahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Siasatan terhadap Bung Moktar bukan baru ia adalah sejak 2016 lagi. Bagaimanapun selepas PRU14 menyaksikan kemenangan PH maka penahanan dan pendakwaan kepada Bung Moktar bukanlah mengejutkan kerana ramai melihat Bung Moktar adalah sasaran seterusnya apatah lagi beliau mengambil alih UMNO Sabah pada Disember 2018 selepas beberapa pemimpin UMNO diketuai Hajiji keluar UMNO.

[ARTIKEL BERKAITAN- PPBM ganti UMNO Sabah Kedudukan Warisan bakal tergugat? ]

Dimaklumkan siasatan kes rasuah agensi Felcra itu  melibatkan nilai hampir RM3 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam mengesahkan, Bung Moktar ditahan bersama isteri, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad.

Zizie ialah seorang pelakon drama terkenal Hero Seorang Cinderella.

"SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2019.

"Bung Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

SPRM telah menahan Bung Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra.

Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya

 

Bung Moktar merupakan bekas Pengerusi Felcra sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2018.

Felcra ditubuhkan di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah pada 1 April 1966.

Bung Moktar berkahwin dengan Zizie Ezette pada 2009 dan memiliki sepasangan anak kembar yang berusia dua tahun, seorang anak perempuan lahir pada Mac 2019 dan dua anak angkat.

Ada pihak mengaitkan pertuduhan Bung Moktar 3 Mei nanti dikaitkan dengan PRK Sandakan yang kini sedang berlangsung.

Pendakwaan ketika suasana PRK bukan baru kerana Dato’ Sri Najib dan Datin Rosmah juga dituduh di mahkamah menjelang PRK Rantau baru-baru.

Dalam satu kes lain pertuduhan rasuah bekas Exco Johor pada 21 April lalu Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Datuk Abd Latif Bandi, daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta, dua tahun lalu.

Selain itu, anak lelakinya, Ahmad Fauzan Hatim, 27, dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 46, turut dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan berkenaan.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Latif Bandi Bekas EXCO Johor, anak lepas dan bebas 37 pertuduhan ]

Oleh yang demikian pertuduhan Datuk Bung Moktar di mahkamah jumaat ini hanyalah satu dari proses pencarian kerajaan PH menyelesaikan pemburuan pemimpin UMNO menggunakan SPRM.

Bung Moktar hanya perlu membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah nanti.

6 Comments