Tengku Maimun Sah Ketua Hakim Negara, impian Anwar Ibrahim PM 8 berkecai!
17:05 May 02, 2019  |  By SabahKini2
 Tengku Maimun Sah Ketua Hakim Negara, impian Anwar Ibrahim PM 8 berkecai!

Tengku Maimun akhirnya disahkan Ketua Hakim wanita pertama negara. Jika dilihat rekod Tengku Maimun pastinya Anwar Ibrahim dan PKR tidak dapat tidur malam

Nampaknya apa yang ditakutkan Anwar Ibrahim telah tiba apabila Hakim Mahkamah Persekutuan, Tengku Maimun Tuan Mat hari ini dilantik sebagai ketua hakim negara yang baru bagi menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada 12 April lalu.

Pelantikan itu sekali gus menjadikan Tengku Maimon sebagai wanita pertama di Malaysia memegang jawatan tersebut, berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Terdahulu, tempoh perkhidmatan Richard sebagai Ketua Hakim Negara berakhir pada 12 April lalu, setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan. 

Dalam kenyataannya Pejabat Perdana Menteri turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Richard di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

Untuk rekod, Tengku Maimun berkhidmat sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2006 sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi.

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan dalam kes liwat 1 Tengku Maimun adalah Hakim yang bersetuju Anwar adalah Gay Homoseksual. Jika Dr M mahu menghalang Anwar sebagai PM ini satu cara jika kes Liwat 3 dibuka tentunya Ketua Hakim Tengku Maimun sesuai.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tengku Maimun Ketua Hakim Negara, Anwar tidak mungkin PM 8 ]

Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan pada 2013 dan seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan pada Nov lalu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Turut membimbangkan Anwar Ibrahim dan PKR ialah pelantikan Datuk Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara

[ARTIKEL BERKAITAN- Hamid Bador Ketua Polis Negara, bayang Anwar jadi PM 8 semakin samar? ]

 

 

8 Comments