[VIDEO]Setiausaha Politik Ketua Menteri dan jentera Warisan guna aset kerajaan kempen PRK Sandakan
16:05 May 09, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO]Setiausaha Politik Ketua Menteri dan jentera Warisan guna aset kerajaan kempen PRK Sandakan

Sebagaimana kata Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun melanggar peraturan dan etika kempen pilihan raya seperti penggunaan aset kerajaan adalah kesalahan serius.

Jo Anna Setiausaha Politik Shafie Apdal sangat bangga menunjuk guna aset kerajaan. Beliau gunakan kuasa untuk salahguna aset.
Jelas melanggar peraturan Pilihanraya

SANDAKAN- Kerajaan Warisan Sabah diselar kerana didakwa menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan apabila tular video Joanna Sue Henley Rampas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah bersama rombongan jentera Warisan menggunakan bot laju PDRM berkempen membantu DAP di Pulau Berhala.

Menurut netizen dalam komen-komen media sosial ini jelas melanggar peraturan pilihan raya kerana menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan berkempen dalam pilihanraya

Seorang pengguna facebook Mathis Sarawanan menyindir tindakan Jo Anna Setiausaha Politik Shafie Apdal itu sebagai satu ironi mengenai integriti pemimpin PH

“YAB Perdana Menteri tengah bercakap tentang Integriti Kerajaan dalam majlis sambutan ulang tahun pertama Kerajaan Pakatan Harapan

Jentera Parti Warisan, Rakan Strategik Pakatan Harapan di Sabah pula tengah salah guna aset - aset Kerajaan (PDRM) untuk kempen Pakatan Harapan di PRK Sandakan”. katanya

Kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya

Dalam beberapa PRK sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memandang serius laporan pihak yang mendakwa berlaku pelanggaran peraturan dan etika kempen pilihan raya seperti penggunaan aset kerajaan.

“SPR mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam aktiviti berkempen agar mematuhi undang-undang, peraturan dan etika berkempen sepanjang tempoh rasmi kempen pilihan raya dengan tidak melaksanakan aktiviti kempen seperti penjamuan, pemberian hadiah dan barangan, program kerajaan, penggunaan kemudahan dan aset kerajaan untuk meraih undi.

“Jika aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan kesalahan, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 atau undang-undang lain yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak yang berkaitan boleh melaporkan kepada pihak PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan susulan dapat diambil. Jo Anna dan jentera Warisan tak mungkin dapat menggunakan jentera itu jika tanpa orang dalam yang lebih berkuasa mengarahkan penggunaan aset itu.

Tindakan Jo Anna Henley Rampas Setiausaha Politik Ketua Menteri itu yang mengambil video ketika menggunakan aset kerajaan itu mungkin mahu menunjukkan bahawa jentera parti dan wirawati Warisan gigih menjalankan tugas namun terlupa kedudukan mereka menyalahkan aset kerajaan.

Tindakan Jo Anna tidak menghairankan kerana portal Sabahkini2 juga pernah melaporkan isu-isu Jo Anna Henley Rampas sebelum ini yang kaya raya memiliki resort selepas menyertai Warisan.

Jo-Anna pemilik resort, banglo Kiulu dan restoran dilantik Setiausaha Politik Shafie

Sikap menunjuk-nunjuk akan membunuh karier politiknya suatu masa

[ARTIKEL BERKAITAN- Jo-Anna pemilik resort, banglo Kiulu dan restoran dilantik Setiausaha Politik Shafie ]

Penyalahgunaan dan penggunaan aset kerajaan sebelum ini di PRK Sandakan turut dilaporkan media apabila aset MPS seperti khemah dan kerusi digunakan oleh DAP dalam kempen.

Bagaimanapun DAP menafikan dakwaan ia melanggar peraturan pilihan raya dengan menggunakan aset kerajaan dan menyatakan mereka menyewanya. DAP menyediakan semua dokumen selepas dikritik walaupun tarikh surat permohonan sewa kepada MPS itu bertarikh 27 April 2018 iaitu setahun lebih awal

[ARTIKEL BERKAITAN- Aset MPS kempen PRK Sandakan: DAP gagal tunjuk surat kelulusan dan tidak tahu harga sewa ]

 

 

9 Comments