Aset MPS kempen PRK Sandakan: DAP gagal tunjuk surat kelulusan dan tidak tahu harga sewa
06:05 May 02, 2019  |  By SabahKini2
Aset MPS kempen PRK Sandakan: DAP gagal tunjuk surat kelulusan dan tidak tahu harga sewa

DAP tidak mahu mengaku menggunakan aset MPS dalam kempen PRK sebagai salahlaku pilihanraya. Namun berkata DAP menyewanya tetapi gagal memberikan bukti kelulusan MPS serta tidak tahu harga MPS untuk sewaan.

KOTA KINABALU: Selepas disindir Najib dalam facebooknya mengenai penggunaan aset MPS dalam kempen PRK Sandakan, DAP tampil menafikan dakwaan ia melanggar peraturan pilihan raya dengan menggunakan aset kerajaan pada kempen pilihan raya kecil Sandakan, tetapi DAP menyewa kerusi dari MPS untuk kegunaan ceramahnya.

Najib Razak menerusi Twitter dan facebooknya membuat hantaran facebook pertanyaan "Aset Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) disalahguna diceramah DAP untuk PRK Sandakan?". Hantaran mendapat komen lebih 1600 komen menyelar tindakan DAP

Bekas perdana menteri itu memuat naik 2 gambar kerusi tertera Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sebuah ceramah DAP dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Tak apa. Ini negara mereka punya. DAP boleh buat apa yang mereka mahu kerana DAP tahu SPR tidak akan ambil sebarang tindakan,” tulisnya dalam facebook.

Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata ia bukannya isu kerana parti itu menyewa kerusi dari MPS seperti pihak lain dan ia tidak melakukan sebarang kesalahan pilihan raya.

“Kami hantar satu surat kepada mereka untuk menyewa kerusi itu pada 27 April lalu dan ia diluluskan pada hari sama.”

Najib dalam hantaran terbarunya selepas Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Phoong Jin Zhe menjawab isu itu menyindir DAP jika surat permohonan dan kelulusan DAP ada. 

"DAP telah menjawab posting saya pagi ini yang menuduh DAP gunakan aset kerajaan tempatan untuk ceramah PRK Sandakan. Mereka kata siapapun boleh menyewa dewan dan 500 buah kerusi.

Sebagai bukti, DAP menunjukkan satu surat permohonan daripada mereka kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Apabila wartawan tanya mana surat kelulusan dari MPS?

DAP kata tak ada

Apabila ditanya berapa caj sewa yang dikenakan oleh MPS?

DAP jawab tak tahu tapi mereka akan bayar bila dituntut.

Oh, MPS guna skim bayaran belakang kira ke ni?" tulis Najib dalam facebooknya

 

DAP dalam kempen PRK Sandakan mengumumkan berbilion ringggit peruntukan termasuk projek yang pernah diluluskan di Zaman BN seperti Lapangan Terbang Sandakan dan tebatan banjir.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana PRK Sandakan Guan Eng umum projek diluluskan BN kata Khairy

DAP kata mereka menyewa kerusi MPS mencerminkan DAP punya wang yang banyak  tetapi dalam masa sama DAP masih mengutip wang derma dari rakyat Sandakan dalam kempen PRK ini yang menyebabkan pengundi Sandakan bising. 

[VIDEO] Pengundi cina Sandakan bising calon DAP 'Kaya' minta wang rakyat dalam kempen

[ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Pengundi cina Sandakan bising calon DAP 'Kaya' minta wang rakyat dalam kempen ]

Untuk rekod pelantikan Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) adalah mewakili DAP yang disyorkan oleh Datuk Stephen Wong sebelum ini. Oleh itu tidak hairan jika DAP mendapat semua kemudahan itu secara percuma.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS ]

Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS

 

Sekalipun Presiden MPS ini kaki rasuah, sombong, kaki bengis dan kaki salah gunakuasa tetapi Kerajaan Warisan dan PH di Sabah tetap mempertahankannya. Jadi apalah sangat kemudahan aset MPS di Sandakan jika disalahgunakan dalam kempen PRK Sandakan oleh DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN PRESIDEN MPS DAP] 

Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap!

(VIDEO) Presiden MPS mengamuk lagi tunjuk kuasa dan wang "Saya Presiden, Sini ada Wang"]

 

 

1 Comment