Lim Guan Eng bangga FDI tinggi selepas jual aset negara kepada negara asing
17:05 May 18, 2019  |  By SabahKini2
Lim Guan Eng  bangga FDI tinggi selepas jual aset negara kepada negara asing

Jual aset negara seperti IHH RM8.4 bilion (Khazanah) kepada Jepun, RM3.7 bilion syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd kepada Austria dianggap sebagai FDI negara. Lepas ni apa lagi nak jual?

Jual aset negara FDI tertinggi dalam sejarah" lapor BERNAMA. Skill kewayangan Menteri Kewayangan kita level up lagi hari ini.

Hari ini, dia puji sendiri apabila dia mengumumkan bahawa pelaburan asing ke Malaysia telah capai tahap paling tinggi pada suku pertama tahun 2019 ini.

 

Dia kata pelaburan asing sebanyak RM21.7 bilion ini adalah , peningkatan sebanyak 94.8% berbanding RM11.2 bilion yang telah dicatatkan pada suku pertama tahun lepas.

Dia kata ini merupakan satu permulaan yang memberangsangkan untuk tahun ini!

Dia berkata lebih separuh daripada FDI yang direalisasikan disumbangkan oleh pelaburan RM8.4 bilion daripada Jepun, RM3.7 bilion daripada Austria dan RM2.8 bilion daripada Hong Kong.

Saya pun harian kerana jika ada pelaburan asing sebesar ini dalam projek baru yang menjanakan peluang pekerjaan baru, tentu kita tahu.

Setelah saya check dalam laporan suku pertama BNM, saya pun faham.

Rupanya, "pelaburan" asing RM8.4 bilion dari Jepun ini merupakan penjualan IHH Berhad yang dibina masa saya PM oleh Khaznah Nasional kepada syarikat Mistui dari Jepun!

[ARTIKEL BERKAITAN- Khazanah jual IHH kepada syarikat Jepun, Mitsui ]

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/khazanah-jual-ihh-kepada-syarikat-jepun-mitsui-1.796569?fbclid=IwAR0jW7733XdLApvAoHWSBZsPZE76wjIcNXY43c8cza9vEes0nB9RFUwS-4o

Bukankah Khazanah juga rugi. Sila klik

Manakala "pelaburan" asing RM3.7 bilion daripada Austria ini merupakan penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimiliki 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria.

[ARTIKEL BERKAITAN- OMV and Sapura Energy close agreement to form new partnership

https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement?fbclid=IwAR231l2KANiwR0SGMHQwYRBNlJeTYE8zHmCnwZGBpG3j6GAWUmU_nUAAUDY

Kedua-dua penjualan ini sebenarnya diumumkan pada suku ke-4 tahun lepas tetapi wang baru masuk tahun ini.

Oleh itu, dikira sebagai pelaburan direalisasikan untuk suku pertama tahun 2019 ini.

Jual aset negara kini dipuji-puji oleh Menteri Kewayangan sebagai "memberangsangkan".

Bolehlah jual lagi banyak aset negara dan dipanggil sebagai pelaburan asing.

Baru ada peluang untuk memuji diri lagi.

 - Najib Razak

 

2 Comments