Saya dilabel pengeluar kad pengenalan PTI kata Ketua Menteri
10:05 May 25, 2019  |  By SabahKini2
Saya dilabel pengeluar kad pengenalan PTI kata Ketua Menteri

Siapa kata Shafie pengeluar IC? Benarkah Shafie Apdal tiada kuasa untuk mengarahkan agensi negeri dan agensi Persekutuan?

SEMPORNA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyelar pihak tertentu memfitnah Kerajaan Sabah di bawah Parti Warisan misalnya mengaitkan dirinya sebagai pengeluar kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin di negeri ini.

“Walaupun dalam bulan yang baik (Ramadan), mereka memfitnah, saya dilabel sebagai pengeluar kad pengenalan, mana ada saya kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan, kalau saya ada kuasa, sudah beribu kad pengenalan keluar di Semporna.

“Tetapi saya bukan ada kuasa, yang berkuasa Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Sabah, bukan Ketua Menteri,” katanya ketika berucap pada majlis iftar ramadan bersama Ketua Menteri Sabah di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu berharap, masyarakat tidak percaya kepada fitnah berkenaan.

“Kalau itu fitnah jangan pula manusia mendengar, jangan pula manusia percaya bahawa ini (perbuatan), walaupun benar atau tidak, jangan kita mendengar sehingga kita buat penelitian secara mendalam,” katanya.

Baru-baru ini tular beberapa gambar borang ‘Projek IC’ menggunakan logo JPN dan Warisan yang dikaitkan dengan Sindiket menjual borang kepada warga asing.

Parti Warisan Sabah melalui Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua, Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara ketiga-tiga mereka dalam kenyataan media menafikan terlibat dengan Pengeluaran borang berlogokan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tertera lambang Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu.

7 laporan polis dibuat oleh individu dan parti mengenai borang ‘Projek IC’ berlogo Warisan dan JPN itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Polis terima 7 laporan kes borang 'JPN dan Warisan' ]

Bagaimanapun portal Sabahkini2 melaporkan sindiket yang dikaitkan dengan Parti Warisan Sabah itu bukan baru kerana modus operandinya lebih kurang sama iaitu didalangi oleh pemimpin atau ahli warisan juga menjual borang demi keuntungan. Dua nama didedahkan iaitu Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli dan Jamlana Jumlani.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?

Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?

Dalam komen-komen netizen terhadap kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan dia tidak mempunyai kuasa terhadap Jabatan Pendaftaran Negara atau agensi persekutuan di Sabah adalah tidak benar.

“Agensi atau jabatan Persekutuan memang bukan bawah Ketua Menteri tetapi beliau mempunyai kuasa untuk mengarahkan serta membuat sokongan terhadap dokumen tertentu.

“Begitu juga kuasa imigresen, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak adalah istimewa mereka boleh menentukan berapa ribu pengambilan pekerja asing melalui kuasa Ketua Menteri dengan hanya memaklumkan KDN sebagai keperluan negeri.” kata Razif bekas penjawat awam

Cadangan pemutihan pekerja asing di Sabah misalnya adalah kuasa arahan Ketua Menteri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri. Agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hanya penyelaras arahan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Berjuta PTI lega, Sabah laksana program pemutihan pekerja asing mula 1 April

 Berjuta PTI lega, Sabah laksana program pemutihan pekerja asing  mula 1 April

 

 

8 Comments