84 rumah setinggan Teluk Layang Likas dirobohkan hari raya ketiga selepas dijanjikan rumah baru
05:05 May 26, 2019  |  By SabahKini2
84 rumah setinggan Teluk Layang Likas dirobohkan hari raya ketiga selepas dijanjikan rumah baru

Sebelum PRU14 Kampung dan rumah dijanjikan kekal. Selepas PRU 84 buah rumah bakal dirobohkan. Bagaimanapun Kerajaan Warisan berjanji akan beri rumah atau tanah sebelum rumah dirobohkan.Tapi benarkah?

SEPANGGAR – Sebanyak 84 buah rumah setinggan telah dikenal pasti iaitu 14 rumah di kampung Teluk Layang kecil manakala 70 buah rumah lagi di kampung Teluk Layang besar telah diberikan notis dirobohkan atau mengalihkan rumah mereka dengan sendiri dalam masa 30 hari.

Notis Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bertarikh 24 April telah diterima oleh penduduk kampung Teluk Layang Likas pada 7 Mei 2019 dan mereka perlu merobohkan rumah yang mereka diami pada hari raya ketiga.

Sebelum PRU 14 lalu semua penduduk setinggan di Parlimen Sepanggar termasuk di Teluk Layang dijanjikan akan digazetkan sebagai kampung. Namun selepas Warisan berkuasa sebagai Kerajaan Negeri mereka memberikan notis perobohan di kampung itu.

Seorang pengguna facebook Sabri Handler yang juga berasal dari Likas mengecam tindakan Kerajaan Warisan itu sebagai kerajaan pembohong.

“Rakyat tidak akan menagih janji kalau tidak dijanjikan oleh pemimpin. Tanya YB Azis Jamman apa yang pernah dia suarakan untuk perkampungan itu? Mereka kata perkampungan itu akan kekalkan bila masa ia terpilih jadi wakil rakyat Sepanggar. Sekarang penduduk dapat YB yang kuat kencing”. katanya

 

Setinggan dapat rumah atau tapak baru?

Dalam satu hantaran facebook oleh NGO Mahasiswa daripada Suara Mahasiswa UMS, KARMA UMS, Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif yang memperjuangkan isu ini memaklumkan telah bertemu dengan Datuk Azis Jamman, Ahli parlimen Sepanggar pada 18 Mei 2019 namun telah dipanjangkan kepada YB Arifin Asgali Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri menyelesaikan isu ini.


Dijanjikan rumah, tanah sebelum diroboh. Benarkah?

“YB Arifin memaklumkan kan dan berjanji DBKK tidak akan merobohkan struktur bangunan di kawasan kampung Teluk Layang sehingga diberikan tapak rumah atau rumah ganti terlebih dahulu.

“Namun, kita akan sentiasa berhati-hati dan tidak meletakkan kata percaya seratus peratus kepada orang-orang politik. Sekiranya, sebarang keputusan bercanggah dengan hasil perbincangan, kita mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan lagi perlawanan yang lebih keras dan radikal” kata jurucakap NGO itu.

Rumah atau tanah manakah yang bakal diberikan kepada setinggan ini? Apakah di rumah PPR yang terdapat d Kota Kinabalu, Inanam, Tuaran dan Kinarut?.

Anak-anak Setinggan Teluk Layang Likas. Ada antara mereka adalah kanak-kanak 'Tanpa Negara"

Rumah Kawasan Kampung Teluk Layang Likas yang akan di robohkan

Sebelum ini 157 rumah Kampung Cenderamata 2, Likas (600 orang) dijanjikan rumah atau tanah baru. Namun sehingga sekarang tidak ditunaikan selepas penduduk Kg Darau Sepanggar menentang rancangan penempatan baru untuk membina rumah transit di kawasan yang telah digazetkan penduduk kampung Darau.

[ARTIKEL BERKAITAN - Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar ]

Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar

Malah pada  31 Julai 2018 Ketua Menteri Dato’ Seri  Shafie Apdal telah meluluskan tanah penduduk terbakar itu di Kota Kinabalu. Sehingga sekarang tanah itu tidak diketahui kedudukannya. Di mana tanah ini? Bernama turut melaporkan berita ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal bakal luluskan tanah penempatan kekal di tanah kerajaan-JTU

Oleh itu kemungkinan besar untuk penduduk setinggan Kg Teluk Layang ini di’kencingkan’ sangat tinggi kata Sabri Handler.

Setakat ini Adun Karambunai Datuk Azhar Matusin pula tidak pernah mengambil jalan untuk mengatasinya. Mungkin dia dan UPPMnya masih sibuk berniaga dengan skandal Bazar Ramadhan. 

 

 

1 Comment