[VIDEO] Lebih 7000 hadir majlis program Musa Aman bertemu rakyat
15:06 Jun 03, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Lebih 7000 hadir majlis program Musa Aman bertemu rakyat

Dalam program itu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga turut menjelaskan faktor-faktor beliau tidak pulang ke Libaran sebelum ini.Menurutnya, faktor utama adalah kerana menghadapi masalah kesihatan.

 

SANDAKAN: Selepas kira-kira setahun tidak bertemu rakyat di Libaran, Tan Sri Musa Aman akhirnya turun ke kawasan untuk mengadakan program Majlis Silaturahim dan Berbuka Puasa di kediaman beliau di Kampung Sungai Kayu, Batu Tujuh, Sandakan sempena Ramadan.

Program yang dihadiri lebih 7,000 pengunjung itu diadakan di perkarangan rumah beliau di Kampung Sungai Kayu, Sandakan, pada Ahad.

Dalam program itu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga turut menjelaskan faktor-faktor beliau tidak pulang ke Libaran sebelum ini.Menurutnya, faktor utama adalah kerana menghadapi masalah kesihatan.

"Selain itu, saya juga menghadapi kes mahkamah di Kuala Lumpur," katanya ketika berucap dalam program berkenaan.

Ramai penduduk Libaran menghadiri program tersebut sehingga keadaan menjadi sesak termasuk laluan trafik ke rumah beliau


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, Musa gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau kemudiannya berlepas ke London untuk beberapa bulan. Sekembalinya beliau ke Malaysia, Musa banyak berehat dan urusan rakyat diuruskan oleh Ahli Parlimen Libaran.
Pada majlis itu, Musa turut memberikan sumbangan selain beramah mesra dengan orang ramai.

Beliau juga tidak hadir tiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula pada 11 Jun tahun lalu dan hanya datang mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali sekembalinya dari London pada 5 September tahun lalu.

Bagaimanapun, Musa membuat kemunculan sulung di persidangan DUN Sabah pada 16 April lalu dan sempat menyertai sesi soal jawab dewan.

Kehadiran beliau di Lapangan terbang sebelum ini turut disambut ribuan rakyat Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Ribuan menyambut kepulangan Musa Aman di KKIA ]

 

4 Comments