Pandikar dan Ketua Menteri Sarawak sama "Paloi" ?
19:12 Dec 02, 2017  |  By SabahKini2
Pandikar dan Ketua Menteri Sarawak sama

Siapa lebih 'paloi' agaknya antara Pandikar atau Ketua Menteri Sarawak? seorang gila provokasi seorang gila publisiti media gaya populis.

Selepas siri provokasi Pandikar Amin Speaker Dewan Rakyat terhadap pembangkang Sabah kini menular pula kepada pemimpin BN Sarawak.

Ya Pandikar Amin bodoh buat provokasi kerana mahu namanya kembali untuk menjadi calon PRU14 memandangkan tempoh beliau sebagai Speaker Dewan bakal berakhir. 

Ya dia mencabar sesiapa saja untuk berdebat yang kamu layan mengapa? Bukankah itu pendapat peribadinya? Biarkan sajalah orang tua 'paloi' tu meroyan seorang diri!

Hari ini Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg menolak cabaran berdebat dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkenaan Pejanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Ada orang itu hendak bawa (ajak) saya berdebat. Tapi pakai (untuk) apa berdebat dengan dia. Macam budak-budak. Paloi! (Bodoh)," kata Abang Johari sebagaimana dipetik Utusan Borneo.

"Sebaliknya kita Sarawak ada maruah dan cara untuk berunding dengan persekutuan," tambah beliau ketika merasmikan mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Zon 1 di Kuching hari ini.

Sekali lagi sebagai Ketua Menteri Sarawak kenapa kamu 'paloi' melayan sama perangai tuan speaker ini? Hakikatnya Tan Sri Pandikar dan Ketua Menteri Sarawak sama-sama "Paloi"

Penulis perhatikan tidak salah  berjuang hak-hak Sabah dan Sarawak tapi kadang cara Ketua Menteri Sarawak Abang Johari ini tidak sama dengan Tan Sri Adenan. Abang Johari menggunakan sentimen 'populis' dan media terbuka menyerang kerajaan Persekutuan. Minta itu ini dengan media. Kamu jumpa PM sudahlah. Terus minta sebanyak mana kamu mahu. Cuba perhatikan segala kenyataan Abang Johari sejak dahulu jenis mencabar dan boleh dieksploitasi pelbagai pihak. 

Abang Johari pun tidak pernah menghormati usaha Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa (Devolution of Power Committee) yang ditubuhkan kabinet Pengerusi bersama Nancy dan Anifah yang dulu disokong Allahyarham Tan Sri Adenan. Cakap-cakap depan media lebih banyak dari sikap runding dengan YAB PM Najib. 

Apa lagi Abang Johari mahu Kerajaan Persekutuan buktikan? Berapa kali YAB PM datang ke Sarawak menunaikan janji-janjinya termasuk isu Perjanjian 63 Malaysia 1963 itu. Ada lagi tak PM terbaik setakat ini melainkan PM Najib yang mendengar tuntutan MA63? Kalau zaman Tun M semua ini dibakul sampahkan saja. 

Pandikar Amin yang tak diberi mandat pula berhentilah dari merapu. Caca marba bila Speaker pun mahu berpolitik. Seseorang perlu menghentikan mulut orang ini. Cukuplah zaman kamu. Apa lagi kamu mahu?. Kenyataan kamu mengenai MA63 dianggap isu peribadi ini menyusahkan BN. Jadi tutup mulut!

Kepada Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari hentilah bermain populis media. Kamu mahu kamu jumpalah PM. Kamu CM tak payah adu domba. Kamu kata Pandikar Paloi sebenarnya kamu sama-sama "Paloi" Tak perlulah berlagak sanggup hilang jawatan selepas dah diberi. Kalau kamu hebat sangat kamu tak perlu pun ambil jawatan Ketua Menteri ni.  Cakap je tak nak awal-awal. Kamu beruntung nasib kamu jadi CM kalau tidak 'Awang Tengah' sudah menanti.

Jadi kesimpulan Pandikar dan Ketua Menteri sama-sama 'Paloi'?

- SK

Comment