Parti Warisan beri amaran rakyat tempatan jangan benci dan hina PTI
03:06 Jun 16, 2019  |  By SabahKini2
Parti Warisan beri amaran rakyat tempatan jangan benci dan hina PTI

Sejajar dengan dasar mesra PTI. Warisan beri amaran warga tempatan Sabah jangan membenci warga asing dan PTI kerana boleh membawa padah kematian

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah hari ini mempertahankan PTI dan memberi amaran kepada warga tempatan Sabah agar jangan membenci warga asing dan PTI kerana boleh membawa padah mengakibatkan pergaduhan orang asing dengan orang tempatan sehingga membawa maut.

Ketua Wira Warisan Putatan Mohd Firdaus Diun dalam satu kenyataan memberi amaran itu dekat sini Putatan selepas insiden kejadian bunuh di Petagas baru-baru ini.

 

Ketua Wira Warisan itu turut menuduh pembangkang dan Cybertrooper yang membuat posting rasis oleh penyokong pembangkang melalui media alternatif Facebook dan WhatsApp telah menimbulkan kebencian.

“Pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur dengan Cybertrooper pembangkang yang tidak henti-henti membuat propaganda menyebar anti orang luar, sehingga menimbulkan ketidaktenteraman awam terutama yang menjadi sasaran adalah PTI kerana mereka adalah golongan yang hina di mata pembangkang”. katanya

Bagaimanapun kenyataan itu dikecam netizen Sabah kerana apa yang berlaku sekarang amukan warga asing adalah bermula dasar Warisan mesra kepada PTI sehingga membuka pemutihan warga asing, pemberian dokumen sijil lahir (alasan tanpa negara), malah sehingga cadangan pemberian pulau penempatan PTI.

[ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Hayunan batang paip PTI ke kepala Stanley Gisin bangkitkan kemarahan Dusun Ranau ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Pemuda lain dakwa PTI ‘pembunuh grab’ pekerja cuci kereta 1Borneo tikam sehingga kantung perut bocor ]

Ketua Warisan Putatan yang sangat bersimpati dengan golongan PTI itu berkata menghina PTI bukan cara penyelesaian yang baik untuk mengatasi masalah jenayah warga asing.

“Kami memberi peringatan pada cybertrooper yang menghina PTI mungkin akan menghadapi bahaya pada diri sendiri dan keluarga mereka jika dapat dikesan oleh golongan ini”. katanya

Sebenarnya apa yang berlaku di Petagas baru-baru ini melibatkan pergaduhan warga asing mencerminkan kegagalan pemimpin Warisan dan wakil rakyat di kawasan itu gagal menangani masalah rakyat di kawasan itu.

Ketua Wira Warisan Mohd Firdaus Diun ini di Putatan memang terkenal dengan ‘kaki jolinya’ hiburan dan ‘perempuannya’.

Tahun lalu beliau mendedahkan lawatan ‘berpoya-poya’ Wira Warisan ke Indonesia dikala rakyat susah harga getah dan sawit jatuh. Mereka berkaraoke, rumah urut dan ke pusat-pusat hiburan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Disaat rakyat susah harga getah, sawit jatuh Wira Warisan melancong 'berfoya-foya' ke Jakarta ]

Disaat rakyat susah harga getah, sawit jatuh Wira Warisan melancong 'berfoya-foya' ke Jakarta

 

Wira Warisan megah ke Clubbing di Jakarta....

Dan kini selepas mendapat jawatan dalam Warisan serta kerajaan beliau menyeru rakyat jangan membenci PTI walaupun kematian berlaku di kawasannya. Sepatutnya beliau bertegas dan mencadangkan kerajaan menangkap PTI secara besar-besaran.

Komen-komen netizen dalam media sosial 98% nampaknya mengecam kenyataan Warisan itu.

30 Comments