Penamatan Naib Canselor UMS berakhirnya legasi ‘King Maker’ Tun Azmi
04:06 Jun 21, 2019  |  By SabahKini2
Penamatan Naib Canselor UMS berakhirnya legasi ‘King Maker’ Tun Azmi

Sudah dijangka kontrak Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dipendekkan. Dulu beliau adalah team 'King Maker' Tun Azmi. Oleh itu berakhirlah legasi 'King Maker' di UMS. Siapa bakal mengganti?

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin telah mengesahkan sendiri bahawa tempoh perkhidmatan beliau telah dipendekkan dan ianya akan berakhir pada 29 Julai tahun ini.

Penggal tiga tahun beliau sepatutnya tamat tahun hadapan.

Desas-desus beliau dipendekkan kontrak sudah berlegar sebelum ini dalam media sosial. Dengan pemendekan kontrak Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin itu bermakna berakhirnya legasi ‘King Maker’ di UMS sebelum ini diterajui oleh Tun Zaki Tun Azmi Bekas Ketua Hakim Negara itu.


Gerakan team 'King Maker' sebelum ini. Ketika Tun Zaki sebagai "King'. Tiada siapa mampu melawan. Ketika itu Prof Kamaruddin dipilih
jika Harun dan Dr Shahril tidak pilih. Maka kamu hairan Dr Kamaruddin dipendekkan kontrak?


Sebelum ini khidmat Tun Zaki Pengerusi UMS ditamatkan pada september 2018 dan digantikan dengan Datuk KY Mustafa bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tun Zaki Pengerusi UMS akur dipecat Menteri Pendidikan ]

Kini hanya seorang yang tinggal iaitu Prof Dr Ismail Ali Timbalan Naib Canselor HEP dari pasukan ‘King Maker’. Pencaturnya No’man Ahmad bekas Pendaftar UMS tidak lagi berada dalam kedudukan tertinggi selepas kantoi dengan skandal isteri orang begitu juga Prof Dr Shahril Yusof. Prof Dr Ismail Ali sudah tentu tidak lama lagi bakal mengakhiri jawatan Timbalan Naib Canselor HEP.

Yang pasti semua pengurusan dibersihkan. Bendahari UMS Puan Zallifah Shadan yang melantik keluarganya sebagai kontraktor di UMS Sandakan mungkin juga akan bakal melalui jalan kelam dibawah kepimpinan Naib Canselor baru. Jika Pendaftar, Ketua Pustawakan dan beberapa tempat lain berubah tidak mustahil jawatan Bendahari juga bakal berubah. Siapa tidak kenal Puan Zallifah Shahan. 

Pemendekan kontrak Prof Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin sudah dijangka lebih awal. Beliau dikatakan masih bertuankan dengan Tun Zaki di belakang tabir mungkin rasa terhutang budinya sebelum ini kepada bekas Pengerusi UMS itu yang melobi kepada pelantikan Naib Canselor.

Prof Datuk Dr. D Kamarudin menjelaskan telahpun menerima surat makluman mengenai perkara itu daripada Kementerian Pendidikan.

“Berkaitan keputusan pemendekkan tempoh tersebut, saya akur dengan keputusan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan percaya bahawa keputusan yang dibuat secara profesional dengan mengambil kira kepentingan universiti,” katanya.

Prof D Kamarudin yang gagal meneruskan rayuan serta lobi di KPM tiada pilihan akhirnya mengumumkan perkara tersebut lebih awal bagi mengelakkan lebih banyak khabar angin yang negatif terus didengari oleh masyarakat khususnya warga universiti.

“Perkara ini perlu dijelaskan bagi menangkis gosip-gosip liar oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan, dan saya berharap agar setiap kakitangan tidak terpengaruh dengan perubahan ini dan meneruskan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya.

Mengulas mengenai bakal pengganti beliau, Prof D Kamarudin berharap agar bakal Naib Canselor UMS adalah seorang yang lebih baik daripada beliau dan berintegriti tinggi.

“Saya juga berharap agar isu pemilihan Naib Canselor UMS ini tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri dan akur terhadap setiap keputusan kementerian,” katanya.

“Jangan cuba bermain politik dengan menyokong individu-individu tertentu demi kepentingan peribadi yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan perpecahan dalam kalangan warga universiti, tetapi turut memberi satu contoh atau budaya yang tidak baik kepada para siswa-siswi universiti,” ujar beliau.

Beberapa calon nama Naib Canselor telah dicadangkan Prof Dr Rashid Mail yang sekarang adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Arsiah Bahron dan Prof Dr Kasim Mansur (Penunggu NC paling lama).

Pelobi dari Parti Warisan atau juga dari ‘King Maker’ baru sudah mula melobi di atas untuk meletakkan calon-calon mereka. Bagaimanapun pengaruh IKRAM dalam penentuan Naib Canselor juga berpeluang memandangkan Dr Maszlee Menteri Pendidikan dinasihatkan oleh ‘Geng Ikram’.

 

 

4 Comments