Presiden MPS desak kelulusan Kerajaan Negeri luaskan kawasan operasi letak kereta berbayar Sandakan
03:06 Jun 28, 2019  |  By SabahKini2
Presiden MPS desak kelulusan Kerajaan Negeri luaskan kawasan operasi letak kereta berbayar Sandakan

Akhirnya menang PRK Sandakan satu lagi beban rakyat Sandakan muncul iaitu meluaskan kawasan letak kereta berbayar di Sandakan.

SANDAKAN: Baru sahaja DAP menang PRK Sandakan 11 Mei lalu Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang kini melaksanakan sistem letak kereta berkupon akan meluaskan kawasan operasi dan penguatkuasaan semula di Daerah Sandakan.

Satu surat MPS bertarikh 8 Mei 2019 ditujukan kepada Puan Hajah Mat Salleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah tular beberapa hari lalu.

Surat itu memaklumkan mengenai persetujuan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Sandakan 30 April 2019 melaksanakan kawasan operasi dan penguatkuasaan bermula 1 Ogos 2019. Mesyuarat memutuskan perkara itu nampaknya adalah selepas penamaan calon PRK Sandakan 27 April 2019.

11 kawasan baru dicadangkan itu ialah bandar Maju, Kum Fung, Pasar Raya, Indah, Prima Square, Tyng, Utama,One Avenue, Megah Jaya, Labok Jaya dan Sibuga Jaya.

Sumber pejabat SUT mendedahkan Datuk Peter Hii Presiden MPS bertegas mahu Puan Hajah Puan Hajah Mat Salleh Setiausaha Tetap Kementerian meluluskan segera peluasan kawasan operasi dan penguatkuasaan letak kereta MPS ini.

Walaubagaimanapun peluasan kawasan operasi dan penguatkuasaan letak kereta ini belum diluluskan dan perlu dibawa dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah.

Apakah Kerajaan Warisan pimpinan Dato’ Seri Shafie Apdal akan meluluskannya adalah bergantung kepada ulasan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang akan dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Peluasan kawasan operasi dan penguatkuasaan letak kereta Sandakan ini sudah tentu bakal membebankan rakyat Sandakan memandangkan kos sara hidup, harga barang terus naik sekalipun pemansuhan cukai GST. Nampaknya jika ia diluluskan maka peluasan pembayaran letak kereta di Sandakan ini adalah hadiah kemenangan DAP di Sandakan.

Rakyat Sandakan selepas mengetahui berita ini juga memberi komen-komen sinis dan protes bahawa apa yang dilakukan kerajaan PH dan Warisan ini membebankan rakyat.

Puan Hajah Mat Salleh SUT tidak dapat dihubungi kerana berada di London untuk satu kawatan kerja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Datuk Peter Hii Presiden MPS yang terkenal dengan kesombongan serta mulut celuparnya sudah tentu tidak akan membiarkan usahanya bagi peluasan kawasan operasi dan penguatkuasaan letak kereta dihalang termasuk oleh Datuk Jaujan sendiri yang mereka terhutang banyak dengannya membiayai kempen parti Warisan dalam kempen PRU14.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS ]

Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS

Sekalipun beliau berkepentingan kerana mempunyai lesen Sport Toto nombor ekor terbesar di Sandakan tiada siapa berani menyiasatnya termasuk SPRM hingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap! ]

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

 

 

 

 

2 Comments