KSU degil tubuh ‘High Level Taskforce’ lantik kroni demi monopoli projek pelancongan
02:07 Jul 02, 2019  |  By SabahKini2
KSU degil tubuh ‘High Level Taskforce’ lantik kroni demi monopoli projek pelancongan

Penubuhan High Level Taskforce On Tourism (HLT) jelas membelakangkan Menteri. Menteri mengarahkan HLT dibatalkan namun KSU terus berdegil laksana HLT dengan mencadang Timbalan Menteri sebagai Pengerusinya. Apa agenda mereka?

Baru-baru ini portal Sabahkini2 telah mendedahkan dalang sebenar surat layang yang tular dalam aplikasi whatsapps surat layang bertarikh 15 Jun 2019 memburukkan Datuk Mohammadin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Didalangi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik (MP PKR Balik Pulau) dan juga Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian mereka seakan gembira dan bersorak mengarahkan lagi surat itu disebarkan.

Sekalipun mereka berdua menafikan sebagai ‘dalang’ tetapi kebencian Timbalan dan KSU terhadap Datuk Mohammadin Ketapi tidak boleh disorok lagi.

Kebencian Timbalan Menteri dan KSU makin memuncak apabila segala bentuk jawatan kuasa khas ditubuhkan mereka,  syarikat periklanan, pengurusan acara dan kontrak-kontraktor tertentu bawah kawalan mereka mula terhalang apabila tidak diluluskan oleh Menteri Datuk Mohammadin Ketapi.

[BACA ARTIKEL BERKAITAN- Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang ]

 Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’


Menukar KSU ‘Kurang Ajar’

Sebagaimana Datuk Ignatius Darell Leiking Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membuang Datuk Isham Ishak, Datuk Mohammadin juga sangat wajar berbuat demikian.

Kamu dapat lihat sikap rakusnya sejak di MITI. Datuk Darell baru 2 bulan sebagai Menteri MITI KSU ini telah menghantar memo penurunan kuasa projek bernilai RM500 juta. Ya dia boleh berbaik dengan Tok Pa tetapi tidak Darell dan Mohammadin Ketapi. Beliau hanya bekerjasama dengan menteri yang boleh jadi makanannya

Sikap KSU yang ‘kurang ajar’ dengan menteri serta membelakangkan kuasa Menteri adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Kegilaan Isham Ishak dengan projek mengaburkan tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada KSU.

5 SEBAB MENGAPA DATUK ISHAM ISHAK KSU PERLU DISINGKIR DARI MoTAC

PERTAMA : Datuk Isham Ishak yang memulakan khidmatnya di MoTAC bermula 18 Februari 2019 telah menunjukkan sikap keras kepala dan tidak memberi kerjasama kepada Menteri. Segala arahan menteri dibakul sampahkan. Anggapan beliau KSU lebih berkuasa di Kementerian berbanding Menteri walaupun jelas Menteri mempunyai kuasa dibawah Akta Fungsi Menteri 1969.


8 orang Ahli HLK disyor Datuk Isham Ishak. Turut disyor adalah Ashraf Salahudin proksi KSU. Apa tujuan menjadi HLK jika tidak
mahu mengawal semua perkara di MoTAC. Mengapa YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik Timbalan Menteri menjadi Pengerusi?

KEDUA : Penubuhan High Level Taskforce On Tourism (HLT) membelakangkan Menteri. Jawatankuasa ini bukan sahaja membelakangi peranan Tourism Malaysia malah menidakkan kuasa Menteri. Jawatan kuasa ini secara terang-terangan melantik YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai Pengerusi bersama 7 lagi individu lain termasuk KSU dan seorang lagi kroni KSU bernama Ashraf Salahuddin Ahmad seorang ahli perniagaan dan kontraktor.

Siapa mereka itu? Apa kehebatan Ashraf Salahuddin Ahmad kroni perniagaan KSU itu sehingga dilantik dalam High Level Taskforce on Tourism? Persoalannya atas kuasa siapa melantik mereka jika bukan Menteri? Tetapi KSU telah mencadangkan nama-nama yang dikehendakinya bersekongkol dengan Timbalan Menteri.

Jelaslah HLT yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri dipandu oleh KSU adalah bertujuan memasukkan kroni-kroni mereka untuk membuat perancangan dan menyusun projek-projek pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Ada sumber menyatakan Menteri sedar ada sesuatu tidak kena dengan penubuhan High Level Taskforce On Tourism (HLT). YB Menteri mengarahkan KSU membatalkan semua bentuk perjumpaan atau mesyuarat berkaitan HLT. Ia sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang diputuskan oleh YAB Perdana Menteri membatalkan HLT. YB YB Menteri juga telah mengeluarkan arahan kepada KSU awal Mac lalu.

Namun apa jadi? Datuk Isham Ishak KSU ingkar arahan itu. Beliau sekali lagi secara sengaja membelakangi Menteri. Walaupun arahan sudah diberikan oleh YB Menteri namun Datuk Isham Ishak KSU, tetap mengadakan Mesyuarat HLT kali kedua pada 8 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 18, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dipengerusikan oleh Datuk Isham Ishak KSU semasa ketiadaan YB Menteri Datuk Mohammadin Ketapi.

Meneruskan kedegilan tahap ‘gila babi’ sekali lagi pada 15 Mac 2019 KSU mengadakan Jawatankuasa HLT di Bilik Utama Aras 18 dipengerusikan oleh YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya. Tiada makluman kepada menteri atau arahan bertulis daripada Menteri. Jelas sekali menunjukan si KSU ni ada agenda jahat jangka panjang terhadap YB menteri.

KETIGA : Engkar arahan PM dan Menteri. KSU tidak bersetuju dengan YB Menteri Datuk Mohammadin untuk memberi penajaan RM3 juta kepada Penganjuran Le Tour De Langkawi 2019 sebagai satu dari promosi pelancongan sukan. Alasannya program itu telah ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan serta memberi alasan jika diluluskan pun hanya boleh diluluskan pada tahun 2020 (bukan 2019) dengan nilai RM1 juta sahaja.

Pertemuan YB Menteri dan Datuk Isham Ishak KSU dengan YAB Perdana Menteri 12 Mac 2019 adalah satu arahan yang jelas untuk membantu penganjuran Le Tour De Langkawi.Oleh itu tentulah amat memalukan YB Menteri telah menyatakan kepada PM meluluskan RM3 juta namun KSU tidak melaksanakan arahan itu. KSU jenis apa Datuk Isham Ishak ini.?

 

Begitu juga Arahan YB Menteri meluluskan Peruntukan Penambahbaikan Galeria Perdana Langkawi berjumlah RM 1 Juta melalui Peruntukan Visit Malaysia Year 2020 yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada awal tahun 2019. KSU memberi alasan tiada peruntukan mencukupi walaupun YB Menteri memberi arahan kepada KSU pada 5 Mac 2019 agar diluluskan menggunakan dana tambahan Tahun Melawat Malaysia 2020. Sekali lagi KSU ni mahu memalukan Menteri dengan Perdana Menteri. 

KEEMPAT : Datuk KSU tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Prof Datuk Dr Mohd Rizon Juhari walaupun YB Menteri telah memberi arahan penamatan kontrak perkhidmatan sebagai Rektor pada 4 Mac 2019. Surat arahan dari pejabat menteri kepada Setiausaha Bahagian Sumber Manusia telah dikeluarkan pada 4 Mac 2019. 

KSU nampaknya mahu terus menyimpan Rektor yang kini disaman kes mahkamah atas dakwaan melakukan kenyataan berunsur gangguan atau komen seksual itu. Selepas dibicarakan Mohd Rizon diarah membayar ganti rugi lebih RM80,000 kepada bekas kakitangan Aswara yang mengemukakan saman tersebut.

KELIMA: Semasa Perasmian Persidangan IFACAA 2019, KSU bersikap biadap telah meninggalkan program rasmi tanpa memaklumkan YB Menteri terlebih dahulu. Beberapa program yang YB Menteri telah arahkan KSU untuk mewakili beliau juga tidak di laksanakan seperti yang telah di arahkan. Katanya ini perangai KSU sering meninggalkan majlis ketika majlis ada.

Ada banyak lagi sebab mengapa Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya perlu disingkirkan dari kementerian. Bagaimanapun kedegilan Penubuhan High Level Taskforce On Tourism (HLT) adalah paling biadap sekali dengan bersekongkol melantik Timbalan Menteri membelakangi kuasa Menteri di Kementerian serta meletakkan proksi media dalam jawatankuasa.

Tiada dalam Akta Fungsi Menteri 1969 memberi kuasa Timbalan Menteri berkuasa lebih besar daripada Menteri.


Nota - Surat pembaca ini sepertimana yang diemelkan kepada Ketua Editor Sabahkini2 di emel [email protected]. Pihak yang berkaitan boleh menjawab semula melalui emel.

 

13 Comments