Hampir setahun Arsad Ghani dilindungi, disokong dan terus ceroboh tanah Teluk Likas, mengapa baru bertindak?
13:07 Jul 04, 2019  |  By SabahKini2
Hampir setahun Arsad Ghani dilindungi, disokong dan terus ceroboh tanah Teluk Likas, mengapa baru bertindak?

Selepas hampir setahun barulah DBKK, JTU bertindak. Sedangkan kes telah tular sejak november tahun lalu. Tanah telah diceroboh awal. Tetapi oleh kerana Arsad Ghani Ketua Cawangan maka dia dilindungi dan disokong

KOTA KINABALU: Susulan kes pencerobohan tanah Kurol Melangi Teluk Likas hari ini Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Datuk Safar Untong dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyerbu tapak tanah itu

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengeluarkan kompaun ke atas Ketua Cawangan Warisan Kg Suluk Lama Arshad Ghani yang menceroboh tanah di Teluk Likas dan mendakwa telah mendapat kebenaran daripada Yang Dipertua Sabah serta kerajaan negeri.

Kejayaan hampir setahun Arsad di Kg Kurol Melangi Teluk Likas

Bagaimanapun menjadi satu persoalan besar kepada kes ini ialah ia bukan baru berlaku. Ia sudah berlaku sejak November tahun lalu. Malah Datuk Azhar Matusin Adun Karambunai juga pernah melaporkan kepada pihak polis menafi dia terlibat serta menyiasat kegiatan Arshad Ghani itu.

Kes berpanjangan hampir setahun

Hampir setahun barulah pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri bertindak.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kini Tanah Teluk Likas pula YB dan penyokong Warisan 'Pau' guna kuasa TYT Sabah! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah ]

Hari ini juga Ahli Dewan Undangan Negeri Likas, Tan Lee Fatt datang bersama DBKK dan pihak Jabatan Tanah dan Ukur hadir sendiri ke lokasi selepas menerima aduan daripada orang rama sekalipun beliau bukan wakil rakyat di kawasan itu.

Sejak dilaporkan Oktober 2018 hinggalah sekarang kembali tular Julai 2019 apa tindakan Datuk Azhar Matusin?

Manakala Adun Karambunai Datuk Azhar Matusin tidak hadir tetapi hanya mampu komen bahawa Ketua Cawangan Warisan Arsad Ghani itu tidak pernah mendapat kebenaran membuka tanah di Teluk Likas

Seperti sikap 10 bulan lalu Azhar hanya bersikap lepas tangan sedangkan jika diambil tindakan tegas ia tak mungkin melarat hingga sekarang. Azhar hanya mampu menjawab aduan rakyat itu melalui telefon bimbitnya.

“Sekarang ini penduduk Kampung Likas secara keseluruhannya sangat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan saya telah menerima banyak panggilan telefon, mesej Whatsapp yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati serta menyalahkan kerajaan sekarang.

“Saya telah menjelaskan kepada mereka bahawa perkara ini tidak pernah mendapat sebarang kebenaran daripada kerajaan mahupun daripada Ketua Menteri kita sendiri,” jelasnya.


Arsad Ghani Ketua Cawangan Warisan punya ‘kabel’ besar

Mengapa dalam tempoh setahun kes Arsad Ghani tidak pernah diambil tindakan?

Selaku Ketua Cawangan Warisan Arsad menggunakan pengaruhnya yang dikatakan mempunyai surat sokongan dengan TYT Yang Dipertua Negeri Sabah, adun, dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman 

Menurut sumber selain mendapat surat sokongan daripada pejabat TYT Negeri, Arsad Ghani turut berpegang kuat surat sokongan Datuk Azis Jamman.

Oleh itu sekalipun sebelum ini dilaporkan kepada polis Arsad terus berani dan meneruskan tuntutan tanah di Kg Suluk Kurol Melangi Teluk Likas sehingga 10 bulan.


Surat dihantar kepada TYT Sabah. Surat ini sejak Oktober 2018 namun tular November 2018

Surat sejak November 2018. Surat ini diminitkan oleh Azis Jamman kepada Pengarah JTU pada 15/12/2018. Bermakna sekalipun surat
Permohonan TYT itu tular awal Azis Jamman tetap memberi sokongan kepada Arsad Ghani.

Inilah puncanya mengapa kes tanah Teluk Likas ini berpanjangan hampir setahun. Tiada tangkapan dibuat terhadap Arsad Ghani yang menipu dikatakan telah mengutip wang sehingga mengaitkan dengan Adun Karambunai Datuk Azhar Matusin tahun lalu.

Lantaran ketika serbuan ke tanah yang diceroboh beberapa struktur bangunan telah didirikan digantung dengan kain rentang berlogokan Parti Warisan serta gambar-gambar Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen P.171 Sepanggar. Arsad mahu menggambarkan segala kerja yang beliau lakukan adalah disokong oleh Parti Warisan khususnya Ahli Parlimen Sepanggar. 

Mengapa dibiarkan sehingga Julai 2019 kes ini terus hangat?

[ARTIKEL BERKAITAN- Pengarah JTU serbu tanah ‘Orang Kuat Warisan’ Arsad Ghani di Kg Suluk Kurol Melangi Likas ]


Menggunakan kedudukan sebagai Ketua Cawangan Warisan Kg Suluk Lama sebagai
alasan untuk ceroboh tanah

7 Comments